December 6, 2011

Kaseh Seorang Abang....

Petang neh...semasa mama anis menyebukkan diri mengoogle ntah ape2 ntah...tetibe terklik plak pada satu gambar neh...gambar neh amat2 meruntun jiwa dan rasa keibuan yang ada mama anis sangat-sangat..ape perasan korang semua kalau anak-anak kita dalam keadaan macam neh...ok,taknak cakap banyak biar korang yang nilai sendiri yer..


DARAH TINGGI SEMASA HAMIL


Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.

KENAPA DARAH TINGGI MERBAHAYA?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

JENIS-JENIS DARH TINGGI..

Penyakit Darah Tinggi Kronik
Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.
 
Penyakit Darah Tinggi Disebabkan Oleh Kehamilan (PIH)
Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.

Pre-eclampsia(PE)
Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Penyebab PE
Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.

Apa Yang Menyebabkan PE lebih Kerap Terjadi?

Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
  • Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
  • Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
  • Migrane
  • Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
  • Mempunyai hypertension kronik
  • Terlalu kurus
  • Terlalu rendah
  • Kandungan kembar
  • SLE
  • Kandungan molar
Simptom-Simptom PE
  • Mata berpinar atau rasa mahu pitam
  • Mata menjadi sensitif kepada cahaya
  • Sakit kepala
  • Sakit pada perut sebelah kanan atas
  • Muntah
Rawatan
Sekiranya anda mengalami PE yang teruk, rawatan yang paling berkesan ialah dengan melahirkan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya kehamilan mencecah 38 minggu tetapi sekiranya baru 30 minggu, ia boleh memberikan delima kepada doktor disebabkan bayi yang sangat pra-matang. Adalah menjadi kebiasaan untuk meng’induce’ kehamilan tersebut atau melahirkan bayi melalui pembedahan ceasarean.

Bagi meraka yang mengalami PE yang sederhana atau ringan, kehamilan boleh diteruskan sehingga anak menjadi lebih matang, dengan syarat PE tersebut dalam keadaan terkawal. Tetapi sekirnya ia sudah dalam keadaan yang membahayakan, selalunya kelahiran akan dipastikan untuk menyelamatkan nyawa ibu tak kira apa usia kandungan.

Adakah Ia Boleh Terjadi Lagi?
PE boleh terjadi semula pada kandungan kedua sekinya anda pernah mengalaminya pada kandungan terdahulu. PE yang sederhana mempunyai kurang risiko untuk terjadi semula pada kandungan seterusnya adalah lebih kurang 5-10% sahaja.
Sekiranya wanita pernah mengalami PE yang teruk, risiko untuk mengalaminya pada kandungan akan datang adalah lebih tinggi iaiatu 20-25%. Malangnya buat masa sekarang tiada ubat atau cara mujarat untuk memastikan ia terjadi atau berulang kali kedua.

December 5, 2011

PENIPUAN CIMB CLICKS

Seminggu mama anis bercuti sebab balik kampung kat perlis...pagi neh sampai kat opis bukak la emel.. check punya check smpai la ada satu emel tuh dari cimb clicks. antara isi kandungan emel tuh cm neh:

Dear Customers,
Your Cimb Clicks Account needs to be Re-update because we detect you login your account in some unsecure computer,
this maybe as a result of wrong or incomplete data
As a result, You need to confirm and verify your account details by Clicking Here 
and completing the confirmation process.
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update. 

Thank you,
Malayan Banking Berhad (CIMB Bank)


 
cam nak tergelak pun ada bila mama anis baca emel neh...mula2 introduce sebagai cimb, tetibe kat bawah sekali leh lak jadi Malayan Banking Berhad (cimb Bank)...huhuhuhu... be smart la beb kalu nk menipu pon...

PEKELILING SBPA

Mama anis rasa mesti ramai yang dok menunggu...ada sket update daripada KPPA kita yer..

 Menurut sumber terkini yang mama anis dapat melalui Facebook KPPA, ada beliau menyatakan sedikit klu mengenai Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam 2012 ini. Namun mama anis sendiri pun kurang faham apa yang dimaksudkan dengan perkara dilampirkan YBhg. Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia) itu.

Petikan dari FB, KPPA...
Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180

Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan ini.
- Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA -

p/s: ape pun tgu pekeliling terbaru kuar k....dgar2nya minggu neh...

November 22, 2011

Pemakluman Awal Pekeliling SBPA

Last week boleh dikatakan hari2,terjah website JPA tuk tengok kot2 ler ada update tentang pekeliling SBPA.Sebagai penjawat awam,of cos la kita menantikan good news kan..lebih2 lagi yg dikategorikan dalam yg berpendapatan rendah.

ok, New UPDATE kat website jpa yang mama anis dapat terjah adalah berkaitan neh...

Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan  capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.


wahh...letihnyer menunggu....agknya bila lah nak settle neh..

November 16, 2011

KAPSUL UNTUK MENCRET

Masa tengah dok mencari pic kat pak cik google tadi tetibe lak kuar pic neh...jadi mama nak kongsikan pic neh ngan korang yer.....kapsul untuk mencret...hahahahahaha....pelik jer maksudnya tuh...