August 25, 2010

PELAJAR DILANGGAR SEBELUM DIROGOL??

TELUK INTAN - Sudahlah basikal yang ditunggangi sengaja dilanggar dari belakang, dia kemudian dirogol sebelum ditinggalkan sendirian dalam kawasan kelapa sawit di sini.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang pelajar tingkatan tiga semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh selepas dirempuh suspek yang menaiki sebuah kereta.

"Akibat rempuhan itu, pelajar berkenaan mengalami kecederaan dan suspek kemudian berpura-pura mahu membantu membawanya ke hospital.

"Mangsa yang percaya dengan sikap baik yang ditunjukkan lelaki tersebut terus menaiki kereta suspek dan dia kemudian dirogol di kawasan semak tidak jauh dari lokasi perlanggaran," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Blogger Templates

August 20, 2010

BUMBUNG SILING DI PLAZA GM CHOW KIT RUNTUH!!

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu merangkak dalam kesakitan selepas tubuh dan tangan saya ditimpa runtuhan,” kata Norafinda Yudoyono, 20, yang terselamat selepas siling di tingkat satu pusat beli-belah Plaza GM di Jalan Chow Kit di sini, tiba-tiba runtuh petang semalam.


CEDERA...salah seorang mangsa, Husnawati, dikejarkan ke hospital.  Gambar kanan, pekerja mengemas jam serta barangan yang berteraburan  dalam kejadian siling runtuh, semalam.

CEDERA...salah seorang mangsa, Husnawati, dikejarkan ke hospital. Gambar atas, pekerja mengemas jam serta barangan yang berteraburan dalam kejadian siling runtuh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Norafinda hanya mampu berdoa sambil menjerit meminta tolong dalam keadaan sekitar gelap gelita dan diselaputi debu dan habuk tebal.

“Saya hanya fikir akan mati jika tidak cepat keluar dari runtuhan siling itu sebelum berusaha merangkak menuju ke tangga berhampiran.

“Saya bernasib baik kerana akhirnya berjaya menyelamatkan diri walaupun tangan kanan luka akibat dihempap runtuhan itu,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, dia berada dalam kedai aksesori di tingkat satu pusat beli-belah itu bersama rakan sekerjanya dikenali sebagai Ida, 30-an.

Gadis yang dikenali sebagai Husnawati, 25, dikatakan cedera di bahagian dada selepas dihempap runtuhan rak dan barangan dari tingkat atas yang runtuh.

Pada masa sama, orang ramai berpusu-pusu keluar dari pusat beli-belah itu selepas tersebar khabar angin bahawa bangunan itu akan runtuh.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan menghantar dua jentera dengan 17 anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati orang ramai sudah mengosongkan bangunan berkenaan dan berkumpul di luar.


August 19, 2010

Suami Pijak Perut Isteri Hamil!!!!

Terkejut Me bila baca berita berkenaan nih kat akhbar metro online....
Dalam buln2 puasa nih tahap kesabaran adalah sesuatu yg perlu di ambil berat...
cia kat wife dia yg tengah pregnant tuh....
mcm nih punya husband pon ade ker?

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.

Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.


“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

p/s: alhamdulillah ME dikurniakan seorang suami yg amat2 penyanyang,bertanggungjawab dan amat mengambil berat tentang ME dan family.semoga ALLAH panjangkan usia husband ME dan hope perkahwinan ME sentiasa bahagia...AMINNNNN....

August 16, 2010

MENAIKKAN NAFSU KORANG

sedar tak sedar hari nih hari 6 kita berpuasa...
hari nih ME nk kongsi ngan kenkawan ape juadah ME satu family semasa berbuka smlm...

sup ayam

siput seduk masak lomak

sotong goreng tepung

telur masak lomak

kerabu kacang

amacam kenkawan membuka selera tk?

Blogger Templates

August 15, 2010

AWAS!! VIRUS LUNA MAYA

Virus ‘Luna Maya’ muncul di ranah cyber Indonesia. Seperti apa ciri-ciri file dan metode penyebaran virus yang membawa pesan agak-agak meledek penggemar video porno tersebut?

Menurut Adi Saputra, analis antivirus Vaksincom, virus ‘Luna Maya’ merupakan virus lokal yang dibuat menggunakan bahasa pemprograman Visual Basic. Ciri-cirinya, file virus itu memiliki ukuran 37 kb, tipe file application, ber-ektensi .exe, serta menggunakan icon MS Word.

Kemudian, lanjut Adi, jika virus berhasil menginfeksi komputer maka akan membuat beberapa file virus. File-file ini adalah nt.bat (di drive C:\), Amoumain.exe (di C:\WINDOWS\system32\) dan Love.exe di semua root drive.

File Love.exe itu menurut Adi akan terdapat pada setiap root drive, termasuk pada mapping drive atau removable drive. Sedangkan file nt.bat merupakan script virus untuk melakukan format drive.

Adi mengatakan, virus ‘Luna Maya’ akan menyebar lewat cara-cara yang biasa dilakukan virus lokal. Termasuk, menginfeksi USB Flash Disk atau removable disk lainnya serta menginfeksi lewat share jaringan.

Virus ini, lanjutnya, juga akan melakukan perubahan pada Registry. Perubahan dilakukan untuk menambahkan file virus agar dijalankan pada Start Up Windows dan untuk memblokir fungsi Windows tertentu.


Virus ‘Luna Maya’ Bikin ReseAnalis antivirus Adi Saputra dari Vaksincom menuturkan beberapa dampak virus ‘Luna Maya’ ini pada komputer korbannya: Pertama, adalah munculnya ledekan bagi penggemar video porno berupa sebuah jendela Pop Up dengan tulisan ‘dasar!! otak bokep…‘

Kedua, gejala ‘buka-bukaan’ akan ditampakkan oleh komputer. Ini berupa terus terbukanya drive CD/DVD-ROM, meskipun ditutup secara manual ia akan selalu terbuka kembali.

Ketiga, menu ‘Start’ di Windows akan bergoyang kanan-kiri, alias terus berubah posisinya dari sisi kanan ke sisi kiri. Tentunya, ujar Adi, hal ini akan menyulitkan pengguna saat memakai Windows.

Gejala keempat, fungsi klik pada Mouse akan berubah dari klik kiri menjadi klik kanan dan sebaliknya. Tombol pada keyboard pun akan terpengaruh oleh aksi sang virus.

Masih belum cukup, virus ini juga melakukan sabotaj pada fungsi Windows tertentu. Termasuk di antaranya adalah Task Manager dan menu ‘Run..’. Komputer pun bisa menjadi lambat dan bahkan hang secara mendadak akibat sang virus.

Gejala berikutnya, virus ini akan membuat mati fungsi jam/waktu pada Windows. Lalu, secara tiba-tiba, komputer yang dijangkiti virus akan mati atau Shutdown tanpa peringatan.

Drive USB pun akn dijangkiti virus ini dan tk dpt dibaca. Jika cuba membuka drive USB, akan muncul arahan untuk memformat drive tersebut.

Virus yang tersebar bersama file bernama ‘Luna Maya’ ini juga akan mematikan beberapa aplikasi Windows. Termasuk Notepad, Windows Media Player dan Internet Explorer.

Blogger Templates

August 14, 2010

VIDEO TRAGEDI DI BAZAR RAMADAN JASIN 13 AUG 2010

ME agak terkejut apabila mendengar berita ttg tragedi yg menimpa pengunjung & penjual di bazar ramadan di Jasin semalam...menurut sumber ade mansga juga yg meninggal
kejadian berlaku disebabkan ribut yang terlalu kuat...

tuk kenkawan semua me uploadkan sikit video semasa tragedi tu...






kepada yang telah menonton me harapkan jasa semua tuk sedekah kan Al-Fatihah utk mangsa2 tak kira lah tuk yg terselamat,yg cedera atau yg telah pergi menghadapNYA....

SALAM TAKZIAH DARI SAYA DAN KELUARGA...

Pagi nih pas sahur,me on lah internet saje jer rajin2 nk wat blogwalking sementara nk tunggu azan kan....
tetibe me terbuka lah satu page rakan blogger....difahamkan di blog nya arwah telh kembali ke sisiNYA dalam kemalangan di Kelantan.

Innalillahiwainnailaihirojiun......
DariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Marilah kita sama2 sedekah kn al-fatihah utk arwah saudari zaza .Semoga ketenangan adalah milik arwah kerana terpanggil manyahut seruan Ilahi di bulan yg penuh keberkatan ini.

Menurut sumber, Arwah terlibat dalam kemalangan ketika bertolak dari Perlis ke Kelantan untuk bertemu sanak-saudara dan menyambut puasa di sana.

August 13, 2010

BLACKBERRY HARAM?? BETUL KER??


me ade terdengar alkisahnyer ttg henpon blackberry nih....hari nih terfikir lak nk wt enry psl benda alah nih...dengar kata sbb access internetnya tkpa had atau kata lain tkda sekatan...ape2 jua msg dpt diterima tkpa diblock.Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.

Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.

"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara.

"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.