Demikian nasib malang yang menimpa seorang pelajar tingkatan tiga semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh selepas dirempuh suspek yang menaiki sebuah kereta.
"Akibat rempuhan itu, pelajar berkenaan mengalami kecederaan dan suspek kemudian berpura-pura mahu membantu membawanya ke hospital.
"Mangsa yang percaya dengan sikap baik yang ditunjukkan lelaki tersebut terus menaiki kereta suspek dan dia kemudian dirogol di kawasan semak tidak jauh dari lokasi perlanggaran," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
3 comments:
naper la manusia skrg jadi cmnie yer,,,xtau la 10 tahun akan datg cmner plak,,,
dasar manusia lahabau... kalau lah aku dpt mmg aku bogelkan lelaki tu... pastu ikat kat belakang kereta aku pastu bawak ronda satu KL... dah setel jer... ikat kat pokok kemudian letak ular tedung sekeliling pokok tu... mampuh muuuu!!!!
Celaka lah jantan itu.
Post a Comment