August 20, 2010

BUMBUNG SILING DI PLAZA GM CHOW KIT RUNTUH!!

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu merangkak dalam kesakitan selepas tubuh dan tangan saya ditimpa runtuhan,” kata Norafinda Yudoyono, 20, yang terselamat selepas siling di tingkat satu pusat beli-belah Plaza GM di Jalan Chow Kit di sini, tiba-tiba runtuh petang semalam.


CEDERA...salah seorang mangsa, Husnawati, dikejarkan ke hospital.  Gambar kanan, pekerja mengemas jam serta barangan yang berteraburan  dalam kejadian siling runtuh, semalam.

CEDERA...salah seorang mangsa, Husnawati, dikejarkan ke hospital. Gambar atas, pekerja mengemas jam serta barangan yang berteraburan dalam kejadian siling runtuh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Norafinda hanya mampu berdoa sambil menjerit meminta tolong dalam keadaan sekitar gelap gelita dan diselaputi debu dan habuk tebal.

“Saya hanya fikir akan mati jika tidak cepat keluar dari runtuhan siling itu sebelum berusaha merangkak menuju ke tangga berhampiran.

“Saya bernasib baik kerana akhirnya berjaya menyelamatkan diri walaupun tangan kanan luka akibat dihempap runtuhan itu,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, dia berada dalam kedai aksesori di tingkat satu pusat beli-belah itu bersama rakan sekerjanya dikenali sebagai Ida, 30-an.

Gadis yang dikenali sebagai Husnawati, 25, dikatakan cedera di bahagian dada selepas dihempap runtuhan rak dan barangan dari tingkat atas yang runtuh.

Pada masa sama, orang ramai berpusu-pusu keluar dari pusat beli-belah itu selepas tersebar khabar angin bahawa bangunan itu akan runtuh.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan menghantar dua jentera dengan 17 anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati orang ramai sudah mengosongkan bangunan berkenaan dan berkumpul di luar.


2 comments:

mamawana said...

Salam....simpati pd mangsa2.

Kenapa ya? Banyaknyer kemalangan dan kecelakaan dlm musim2 ini.?? Mungkin sebagai satu peringatan buat mrk yg mahu berfikir agar kembali mencari jln pulang.

hazeleyed lady said...

Terima kasih singah blog Kak Hazeleyed...
Cheers to friendship.
Take care