November 22, 2011

Pemakluman Awal Pekeliling SBPA

Last week boleh dikatakan hari2,terjah website JPA tuk tengok kot2 ler ada update tentang pekeliling SBPA.Sebagai penjawat awam,of cos la kita menantikan good news kan..lebih2 lagi yg dikategorikan dalam yg berpendapatan rendah.

ok, New UPDATE kat website jpa yang mama anis dapat terjah adalah berkaitan neh...

Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan  capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.


wahh...letihnyer menunggu....agknya bila lah nak settle neh..

November 16, 2011

KAPSUL UNTUK MENCRET

Masa tengah dok mencari pic kat pak cik google tadi tetibe lak kuar pic neh...jadi mama nak kongsikan pic neh ngan korang yer.....kapsul untuk mencret...hahahahahaha....pelik jer maksudnya tuh...

Imbuhan Tahunan 2011 kakitangan awam

update terbaru pada 15 november 2011 berkenaan  Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2011 kepada kakitangan awam, kontrak, pesara.
korang boleh check kat link bawah neh...

November 15, 2011

Jom kita ZOOM balik zaman 80 dan 90 an dulu

Hari neh mama anis nak membawa korang semua untuk mengenang zaman kanak-kanak kita pada 80 dan 90 an. Mesti korang teringat kat saat2 kenangan pahit manis korang dolu2 bila tengok pic2 kat bawah neh...





Mesti teruja kan tengok pembalut sing gam neh...
bila buka pembalut sing gam neh ada ink kat blakangnya.
pastu leh lekat kat tangan...alah...ala2 nk buat tatoo kunun...
 wah...nie memg permainan card yg paling mam anis suka dolu2..
selalu main ngan kenkawan kat lam kelas time cekgu tkda..

 Bekas pensel serbaguna..kalu korang ingat nape mama anis cakap serbaguna?
Sebabnya kat dua2 side leh bukak...pastu kat kat tepi2 tuh leh bukak gak kat 
ade sharpener(all in one la kata kan)

nih pon lagi satu benda alah masa kecit2 dulu...selalu sgt beli
boleh dikatakan tiap2 hari mesti beli at least satu..
untuk koleksi...hahahhhaha..
wangi kan ada mcm2 perasa..

 water kaler neh la mengingatkan mama anis pada satu kejadian...
acctually tk pernah beli pon...
cuma pernah curi2 guna yg mak sedara punya masa tuh...
yer lah nk beli kan tk mampu...

 piano camneh plak milik abg mama anis...
mama anis tkder pon piano cmneh sbg hak milik..
tpi tetapi jugak berebut mcm hakmilik sendiri...
*teringat masa kecit2 slalu gaduh ngan abg pasal benda2 cmneh..



 Satu lagi kegemaran time tuh....main smbung 2 baju kat ank patung kertas...
ala2 princess...

 Neh pulak dh msuk alam 90 an dah....agk maju sikit la...
time perkembangan adik mama anis...
dia memg suka main benda neh,
mama anis lak selalu gak menyebuk nk join...huhuhuhu..

 Gula2 neh sedapkan...
rasanya skrg pon msih ade lagi..

susu neh memg menjadi kegemaran mama anis ketika tuh...
paling suka yg kaler pink..
Last skali sing gam ala2 guli neh....memg sedap...


 main caplong atau org panggil senapang buluh....hahahaha....

November 14, 2011

BAHAYA MUAL & MUNTAH KETIKA HAMIL

Rasa mual dan muntah sememangnya sinonim dengan wanita hamil. Ia dikaitkan dengan faktor perubahan hormon dalam tubuh untuk proses kehamilan. Sewaktu hamil, hormon HCG (Chorionic Gonadotropin) yang berasal dari ari-ari (plasenta) akan meningkatkan pengeluarannya. Fungsinya untuk menjaga keperluan produksi hormon agar proses kehamilan berjalan lancar.


Namum, ia turut memberi kesan lain iaitu menimbulkan rasa mual dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Mual dan muntah ini adalah keadaan normal ketika ini. Namum adakalanya pada sesetengah kes berlaku mual dan muntah yang amat teruk yang disebut sebagai " hiperemesis gravidarum". Tanda-tandanya seperti berikut:

•Berat badan turun 3 kg atau lebih dalam trimester pertama ( 3 bulan pertama kehamilan)

•Tidak mampu menelan makanan atau minuman selama 24 jam

•Air kencing berwarna kuning gelap

•Tidak kencing hingga selama 8 jam

•Muntah terlalu kerap, setiap jam atau lebih

•Mual yang keterlaluan hingga terus muntah saat makanan masuk ke mulut

Jika keadaan ini berlaku, anda tidak boleh memandang ringan begitu sahaja dan menganggapnya hanya gejala kehamilan biasa. Mual dan muntah yang berterusan dan semakin memburuk tidak boleh dibiarkan kerana berisiko menyebabkan kematian pada ibu dan bayi atau bayi yang dilahirkan kelak akan menghadapi masalah berat badan tidak mencukupi.

anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Selalunya jika keadaan anda serius dan tubuh mula mengalami dehidrasi (kekurangan cecair) anda akan ditahan di dalam wad bagi mengatasi masalah dehidrasi tersebut.

Selain daripada rawatan doktor, panduan berikut juga boleh anda ikuti untuk membantu anda melalui keadaan tersebut.

•Hindari makanan berbau tajam, asap rokok, wangian atau apa saja bau disekeliling anda.

•Dapatkan bantuan supplimen tambahan yang membantu mengurangkan rasa mual dan muntah.

•Makan makanan yang mampu ditelan kerongkong

•Elakkan terus berbaring setelah makan. Duduk tegak dahulu beberapa minit sebelum berbaring.

•Jangan minum banyak air ketika makan. Minumlah setelah selesai makan.

•Banyakkan berehat daripada bergerak

~PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL~


Mama anis nak bagi sikit panduan kepada suami yer, cian kat para2 bakal mommy kat luar sana.Jadi diharapkan jasa baik si suami untuk memahami keadaan ok.......
  • Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.
  • Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.
  • Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.
  • Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.
  • Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.
  • Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.
  • Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.
  • Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.
  • Beli barang keperluan bayi bersama isteri.
  • Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.
  • Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.
  • Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.
  • Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.
Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.

*to en.suami sila beri perhatian untuk yg mama anis highlight tu yer....jgn kedekut2 ok..

JAUNDIS @ DEMAM KUNING


Mama anis confirm semua orang tahu pasal demam kuning kan?!.. Sejak akhir-akhir ni, boleh dikatakan hampir semua baby yang baru lahir dapat jaundis. Susah dan jarang kita nak dengar baby takda kuning lepas dilahirkan. Airish Danysha (my baby) sendiri dapat kuning after 2 hari dilahirkan.

Tanda-tanda Jaundis yang Berbahaya

  • Kuning berterusan dan meliputi seluruh badan
  • Kuning bermula dalam masa 24 jam selepas kelahiran
  • Bayi sentiasa menangis dengan gerak geri anggota yang tidak normal
  • Bayi tidak aktif, lesu dan tidak mahu menyusu
  • Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Najis bayi bewarna pucat
  • Bayi yang kurang enzime G6PD

Kesan

Jaundis yang teruk boleh mengakibatkan
  • Kecacatan otak
  • Kecacatan anggota
  • Masalah pendengaran

Apa tindakan kita?
  1. Bawa bayi segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut
  2. Elakkan ubat tradisional secara minum atau mandi. (SANGAT PENTING NI!!!... Kesian baby, dia tak tahu apa. Perut pun tak matang tapi dah kena telan macam-macam and mandi berbagai)
  3. Teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.
Apa tindakan hospital?
  1. Pemeriksaan darah untuk menentukan tahap dan sebab jaundis
  2. Rawatan fototerapi (lampu khas) untuk mengurangkan jaundis. Bagi yang mampu, ada hospital swasta dan klinik swasta sekarang memberi sewa fototerapi ni.
  3. Pertukaran darah kadang-kadang diperlukan untuk kes yang kronik
  4. Pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menentukan tempoh pemulihan.
    * tip: Banyakkan bagi baby minum susu badan supaya dia kerap kencing dan berak insyaalh akan cepat sembuh.ni mama anis amalkan semasa bersalinkan ank mama iaitu mohd afiy n airish danysha.Alhamdullillah keduanya hanya disuspek jaundis.paling lme pon 3 hari.

STATUS GLITTERATI NUFFNANG...

Mama Anis ucapakan terima kasih kepada Nuffnang sbb menunaikan janji tuk memberikan kembali status glitterati kepada mama anis.
Kat sini mama anis nak highlight kan kan untuk mendapatkan status glitterati dan mengekalkan status glitterati kita di nuffnang.

1. Blogger haruslah berjanji akan sentiasa bersumpah setia bersama nuffnang selamanya...huhuhu.

2. Make sure yang blog korang mesti ada visitor at least sorang setiap hari kalu tak nuffnang akan anggap blog korang tuh sebagai blog spam...

Kelebihan menjadi ahli Glitterati Nuffnang ni banyak iaitu:

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik:-

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, korang tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran:-

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, pihak Nuffnang tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan. Manakalan ahli Glitterati pula akan dibayar 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan.

3) Peluang mendapatkan B.E (Buffered Earning) tinggi:-

B.E atau ialah Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog seseorang blogger. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa korang selepas kempen mCPM tersebut tamat. Ramai blogger yang mengidamkan B.E ni, siapa yang dapat memang untung giler.

4) Aktiviti Komuniti:-

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Nuffnang memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka. Manakala ahli biasa iaitu bukan status Glitterati hanya mendapat kuota 30% tempat duduk.

5) Peraduan:-

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak  dianjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, pihak Nuffnang memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit:-

 Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing Nuffnag secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Innit ni menunjukkan penghargaan pihak Nuffnang ke atas kesetiaan kepada ahli Glitterati.

PIJAK PAKU KERANA KEKASIH

seekor kucing sanggup memijak paku tajam demi kekasih hati...

November 12, 2011

Fasha Sandha seksi ketika di majlis majalah Lisa


Fasha Sandha, ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tampil dalam sepasang gaun jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang...

November 11, 2011

Kandungan Kembar

KOMPLIKASI KELAHIRAN KEMBAR























 1.


Kelahiran pramatang-Kelahiran pramatang adalah biasa berlaku bagi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku apabila rahim mulai mengecut dan cervik mula melebar sebelum waktu hamil belum mencecah 37 minggu. Keadaan ini mendorong kepada bersalin pramatang.
2.
Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg.
3.
Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Pre eclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi.
4.
Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi.
5.
Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh.
6.
Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang.
7.
Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan.
8.
Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit.
9.
Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu.

FAKTA TENTANG LELAKI DAN PEREMPUAN

  • Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam...
  • Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
  • Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
  • Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
  •  Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
  •  Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
  • Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
  •  30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
  •  Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.  

November 10, 2011

3 JENIS ANAK KEMBAR

Tetibe lak teringin nak kuarkan artikel tentang anak kembar kan...
Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.
 
1. Kembar seiras (Monozygotic)

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

2. Kembar tak seiras (Dizygotic)

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

3. Kembar siam

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.
Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

Fakta Tentang Kucing

  • Tahukah anda bahwa semua jenis kucing yang ada berasal dari satu nenek moyang?
  • Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.
  • Kucing tidur paling lama diantara binatang lainnya, sekitar 16 jam.
  • Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.
  • Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat terlahir dengan jari banyak sampai 7 bahkan dengan tulang tambahan.
  • Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu setara dengan 10 tahun usia manusia.
  • Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing dapat di lihat di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang memungkinkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan.

November 9, 2011

SOoooo.....cuTe............

sambil2 merajin-rajinkan diri click nuff kenkawan mama anis sempat gak nk upload gambar baby yg ciut -miut neh...comei dak? comei dak?
 







RAHSIA ANAK DARA

gAMbAR HiAsAN

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.
Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.

November 8, 2011

KEMATIAN PALING SADIS....MATI HARI KE 44 PENYEKSAAN

  • Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.
  •  Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’
  •  Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:
HARI PERTAMA:
  • Diculik.
  • Dirogol (lebih daripada 400 kali)
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
  • Dipaksa onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
  • Dicucuh dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
  • Dipukul berulang-ulang kali
  • Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
  • Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
  • Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
  • Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
  • Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
  •  Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

  •  HARI 20:
  • Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
  • Dipukul dengan buluh
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
  • Dipukul dengan kayu golf
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali.
  • Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
  •   Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

  • HARI 30:
  • Lilin panas dititiskan ke muka
  • Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
  • Dicucuk jarum di bahagian dada
  • Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
  • Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
  • Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
  • Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
  • Saiz otak mengecut

  •  HARI 40:
  • Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
  • I JANUARI 1989:
  • Menyambut tahun baru bersendirian.
  • Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
  • Tidak dapat bergerak daripada lantai.

  • HARI 44 (HARI KEMATIAN):
  •  Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
  • Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.
  •  So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

> Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu
kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun
masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
Credit to Si Kusin Comel-pame (Pame Hi-Goat)

PELAJAR GIAN JUDI

RAWANG:   Tanpa segan silu, segelintir pelajar berpakaian seragam sekolah berasak-asak menunggu giliran untuk melepaskan gian terhadap permainan Internet yang berunsur perjudian di beberapa pusat Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang, di sini.

Malah, pemerhatian Metroplus hampir tiga jam baru-baru ini mendapati ada pelajar memasuki premis bercermin gelap itu seawal jam 11 pagi, sekali gus membuktikan mereka ponteng sekolah semata-mata mahu melepaskan gian bermain judi Internet.
Pusat Internet yang didakwa menjadi tumpuan pelajar bermain judi Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang.
Tindakan pengusaha terbabit membenarkan pelajar memasuki premis berkenaan bukan saja menimbulkan kebimbangan pelajar berkenaan terbabit kegiatan tidak sihat termasuk penagihan dadah dan lepak, malah tidak menghiraukan pelajaran.

Ini kerana kebanyakan mereka menghabiskan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam setiap hari di pusat itu dan ada antara mereka ponteng sekolah untuk mengunjungi pusat berkenaan.

LEPAS GIAN...pelajar yang dipercayai ponteng sekolah di pusat Internet terbabit.

Penduduk di sebuah taman berhampiran hanya mahu dikenali sebagai Alia, 40, mendakwa seorang rakan anaknya menghabiskan wang keluarga hampir RM3,000 kerana terlalu taksub dengan permainan judi.

“Anak saya juga terjebak permainan ini selepas terpengaruh rakan-rakannya sehingga setiap hari meminta wang daripada saya.

“Saya pernah mengintip anak di pusat Internet terbabit disebabkan pulang lewat dari sekolah dan mendapati dia asyik ‘menelaah’ komputer bersama rakan-rakannya,” katanya sambil memberitahu perangai anaknya bertambah liar dan sukar mendengar nasihat keluarga.

Pesara kerajaan, Abdul Halim Othman, 69, berkata dia sudah jelak melihat perbuatan remaja terbabit yang dipercayai berpunca daripada sikap lepas tangan pengusaha pusat hiburan itu.

Katanya, kelibat remaja tidak kira jantina memasuki premis terbabit tidak kira waktu dan ia makin mendapat sambutan luar biasa antara jam 3 petang hingga 7 malam.

“Saya pernah bertanya kepada beberapa pelajar dan mereka mengakui memasuki premis terbabit untuk melepaskan gian kepada Internet termasuk bermain judi.

“Kata mereka, caj yang dikenakan juga murah menyebabkan mereka memilih untuk ke situ berbanding premis lain di pekan ini,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Halim meminta pihak berkenaan termasuk polis supaya mengadakan pemeriksaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha terbabit.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Zin Masoad, ketika dihubungi berkata masalah judi Internet yang semakin berleluasa kini perlu campur tangan banyak pihak dalam mengatasinya.

“Setiap pengusaha perlu mengikut prosedur dengan memohon lesen perniagaan yang dikeluarkan MPS, tetapi pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak menyalahi undang-undang perlu kerjasama pihak berkuasa seperti polis.

“Aduan orang ramai juga sentiasa diberi perhatian, jika didapati pengusaha menyalahgunakan premis berkenaan sebagai tempat bermain judi tindakan tegas akan diambil apatah lagi ia membabitkan pelajar sekolah,” katanya.

*sumber : Metroplus.

Dah lama tinggalkan Blogger Kini Kembali

Fuh....Dah lama rasanya meninggalkan Blogger....tapi kini aku kembali untuk menyerikan kembali laman blog aku yang kian hari kian usang...WAKE UP...WAKE UP MAMA....jgan asik malas jer nk update.cian plak kat reader2 setaip kita.Ok,pas neh mama anis akan cuba rajin2 kan diri untuk update k, JANJI...