November 14, 2011

BAHAYA MUAL & MUNTAH KETIKA HAMIL

Rasa mual dan muntah sememangnya sinonim dengan wanita hamil. Ia dikaitkan dengan faktor perubahan hormon dalam tubuh untuk proses kehamilan. Sewaktu hamil, hormon HCG (Chorionic Gonadotropin) yang berasal dari ari-ari (plasenta) akan meningkatkan pengeluarannya. Fungsinya untuk menjaga keperluan produksi hormon agar proses kehamilan berjalan lancar.


Namum, ia turut memberi kesan lain iaitu menimbulkan rasa mual dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Mual dan muntah ini adalah keadaan normal ketika ini. Namum adakalanya pada sesetengah kes berlaku mual dan muntah yang amat teruk yang disebut sebagai " hiperemesis gravidarum". Tanda-tandanya seperti berikut:

•Berat badan turun 3 kg atau lebih dalam trimester pertama ( 3 bulan pertama kehamilan)

•Tidak mampu menelan makanan atau minuman selama 24 jam

•Air kencing berwarna kuning gelap

•Tidak kencing hingga selama 8 jam

•Muntah terlalu kerap, setiap jam atau lebih

•Mual yang keterlaluan hingga terus muntah saat makanan masuk ke mulut

Jika keadaan ini berlaku, anda tidak boleh memandang ringan begitu sahaja dan menganggapnya hanya gejala kehamilan biasa. Mual dan muntah yang berterusan dan semakin memburuk tidak boleh dibiarkan kerana berisiko menyebabkan kematian pada ibu dan bayi atau bayi yang dilahirkan kelak akan menghadapi masalah berat badan tidak mencukupi.

anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Selalunya jika keadaan anda serius dan tubuh mula mengalami dehidrasi (kekurangan cecair) anda akan ditahan di dalam wad bagi mengatasi masalah dehidrasi tersebut.

Selain daripada rawatan doktor, panduan berikut juga boleh anda ikuti untuk membantu anda melalui keadaan tersebut.

•Hindari makanan berbau tajam, asap rokok, wangian atau apa saja bau disekeliling anda.

•Dapatkan bantuan supplimen tambahan yang membantu mengurangkan rasa mual dan muntah.

•Makan makanan yang mampu ditelan kerongkong

•Elakkan terus berbaring setelah makan. Duduk tegak dahulu beberapa minit sebelum berbaring.

•Jangan minum banyak air ketika makan. Minumlah setelah selesai makan.

•Banyakkan berehat daripada bergerak

No comments: