November 14, 2011

STATUS GLITTERATI NUFFNANG...

Mama Anis ucapakan terima kasih kepada Nuffnang sbb menunaikan janji tuk memberikan kembali status glitterati kepada mama anis.
Kat sini mama anis nak highlight kan kan untuk mendapatkan status glitterati dan mengekalkan status glitterati kita di nuffnang.

1. Blogger haruslah berjanji akan sentiasa bersumpah setia bersama nuffnang selamanya...huhuhu.

2. Make sure yang blog korang mesti ada visitor at least sorang setiap hari kalu tak nuffnang akan anggap blog korang tuh sebagai blog spam...

Kelebihan menjadi ahli Glitterati Nuffnang ni banyak iaitu:

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik:-

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, korang tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran:-

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, pihak Nuffnang tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan. Manakalan ahli Glitterati pula akan dibayar 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan.

3) Peluang mendapatkan B.E (Buffered Earning) tinggi:-

B.E atau ialah Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog seseorang blogger. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa korang selepas kempen mCPM tersebut tamat. Ramai blogger yang mengidamkan B.E ni, siapa yang dapat memang untung giler.

4) Aktiviti Komuniti:-

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Nuffnang memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka. Manakala ahli biasa iaitu bukan status Glitterati hanya mendapat kuota 30% tempat duduk.

5) Peraduan:-

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak  dianjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, pihak Nuffnang memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit:-

 Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing Nuffnag secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Innit ni menunjukkan penghargaan pihak Nuffnang ke atas kesetiaan kepada ahli Glitterati.

1 comment:

sarah said...

hmmm saya pun dok berangan nuffnang bagi duit kat saya nih..hehhhee lambat la lagi kot nak dapat..br belajar berblog...