November 14, 2011

JAUNDIS @ DEMAM KUNING


Mama anis confirm semua orang tahu pasal demam kuning kan?!.. Sejak akhir-akhir ni, boleh dikatakan hampir semua baby yang baru lahir dapat jaundis. Susah dan jarang kita nak dengar baby takda kuning lepas dilahirkan. Airish Danysha (my baby) sendiri dapat kuning after 2 hari dilahirkan.

Tanda-tanda Jaundis yang Berbahaya

  • Kuning berterusan dan meliputi seluruh badan
  • Kuning bermula dalam masa 24 jam selepas kelahiran
  • Bayi sentiasa menangis dengan gerak geri anggota yang tidak normal
  • Bayi tidak aktif, lesu dan tidak mahu menyusu
  • Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Najis bayi bewarna pucat
  • Bayi yang kurang enzime G6PD

Kesan

Jaundis yang teruk boleh mengakibatkan
  • Kecacatan otak
  • Kecacatan anggota
  • Masalah pendengaran

Apa tindakan kita?
  1. Bawa bayi segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut
  2. Elakkan ubat tradisional secara minum atau mandi. (SANGAT PENTING NI!!!... Kesian baby, dia tak tahu apa. Perut pun tak matang tapi dah kena telan macam-macam and mandi berbagai)
  3. Teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.
Apa tindakan hospital?
  1. Pemeriksaan darah untuk menentukan tahap dan sebab jaundis
  2. Rawatan fototerapi (lampu khas) untuk mengurangkan jaundis. Bagi yang mampu, ada hospital swasta dan klinik swasta sekarang memberi sewa fototerapi ni.
  3. Pertukaran darah kadang-kadang diperlukan untuk kes yang kronik
  4. Pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menentukan tempoh pemulihan.
    * tip: Banyakkan bagi baby minum susu badan supaya dia kerap kencing dan berak insyaalh akan cepat sembuh.ni mama anis amalkan semasa bersalinkan ank mama iaitu mohd afiy n airish danysha.Alhamdullillah keduanya hanya disuspek jaundis.paling lme pon 3 hari.

1 comment:

sarah said...

anak saya kena prolonged jaundis..sian dia tapi sekarang dah ok..