December 22, 2011

SBPA ditangguhkan


 PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Gambar Duit Kertas Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran. Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.





December 21, 2011

Tangani Hidung Berdarah ketika Hamil

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.


  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Komen Ariff Alfian Mengenai Status Agamanya-Saya seorang Muslim sehingga Mati


Ariff Alfian pelajar Malaysia yang telah mendapat tajaan Petronas telah menimbulkan isu panas sekarang ini kerana dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan Gaynya. Gambar Ariff Alfian muncul di internet dalam pakaian tradisional Malaysia dengan pasangan gaynya di Ireland pada satu majlis di Dublin City Hall.

Gambar-gambar yang disiarkan pada muka surat depan beberapa akhbar tempatan dan telah menjadi sumber kritikan dari pelbagai kumpulan di Malaysia, di mana hubungan seksual sama jantina adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun di dalam penjara.

Kontroversi ini telah mendorong pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan yang berjanji untuk menyiasat perkara itu.

Ariff Alfian Rosli (28) telah bermastautin di Ireland selama lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin. Selepas perselisihan pendapat yang ketara dengan anaknya pada tahun 2009, bapanya Encik Rosli melaporkan anaknya Ariff Alfian hilang kepada pihak berkuasa Malaysia.

Encik Rosli semalam memberitahu The Times Ireland beliau tidak hilang dan ingin membetulkan komen yang tidak tepat mengenai beliau dalam media Malaysia.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Beliau enggan mengulas sama ada terlibat dalam hubungan sesama jantina. Homoseksual masih menjadi isu yang pantang dalam Malaysia. Peguambela bagi hak-hak gay berkata, ramai rakyat Malaysia masih takut untuk keluar secara terbuka kerana takut kutukan agama atau pendakwaan.

Ariff Alfian juga berkata, laporan bahawa dia telah meninggalkan agama Islam adalah tidak tepat.


"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "

Beliau juga berkata beliau telah berhubung rapat dengan keluarganya dan bingung bagaimana "kehilangan" beliau telah menjadi sumber utama kontroversi di Malaysia.

Nahas Ngeri Di Sabah


Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.

Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan

December 15, 2011

Janin yang Berusia 15minggu Hidup Di Dunia...

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.








 Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Source : mamaLuv

Lagi2 kes langgar Kanak-Kanak di China


Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.
Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.
Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.
Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.
Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.
Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. – Agensi

Hotel Tergantung


Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.
Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.
Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.
Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.
Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

Kucing Warisi Harta RM49 Juta!!!


Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.
Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun.
Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria.
Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.
Awalnya, Assunta mengarahkan peguamnya mengenal pasti pertubuhan kebajikan haiwan untuk mewariskan estet, sekali gus menjaga Tommaso.
Setelah gagal menemui pertubuhan yang sesuai, Assunta membuat keputusan meninggalkan semua harta tersebut kepada Tommaso melalui jururawatnya, Stefania, yang merawatnya sehingga dia meninggal dunia.
Seorang peguam Assunta, Anna Orecchioni percaya Stefania adalah individu terbaik untuk menunaikan segala hajat wanita tersebut kerana dia menyayangi haiwan dan menjaga Assunta sehingga ke akhir hayatnya.
“Wanita itu mengalami kesunyian sepanjang hayatnya. Dia menjaga kucing melebihi anak sendiri,” kata Stefania kepada Telegraph.
Peguam Assunta berkata, mereka menerima banyak e-mel daripada individu yang ingin memelihara Tommaso.
Kekayaan Tommaso menjadikan ia berada di tempat ketiga senarai haiwan peliharaan terkaya di belakang anjing Sheperd, Gunther IV, yang memiliki harta berjumlah AS$372 juta (RM1.016 bilion) dan seekor cimpanzi, Kalu yang memiliki kekayaan berjumlah AS$80 juta (RM240 juta).

- Agensi

Misi Imposibble yang membolehkan anda memenangi RM10,000 ke Dubai


Misi Imposibble yang tak mustahil jika anda undercover....menangi percutian bernilai RM10,000 ke Dubai untuk 2 Orang.......Klik sini

December 14, 2011

Fizo Omar Boleh diisytihar Muflis kerana Pinjaman 2 Juta

Malang memang bermacam jenis malang dan malang seperti yang sedang menimpa Fizo Omar ini boleh dikategorikan sebagai malang yang teramat sangat. Mana taknya, Fizo Omar berkemungkinan boleh diisytihar muflis kerana namanya telah digunakan untuk membuat pinjaman sebanyak RM2 juta. Gila tak gila.

Kini sebuah bank sedang memburu Fizo Omar kerana pinjaman RM2 juta yang dibuat atas namanya. Kisahnya, nama Fizo Omar telah digunakan oleh seorang rakan kongsi sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008. Fizo kemudian dilantik ebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Namun, selepas beberapa bulan, Fizo telah pun keluar daripada syarikat tersebut.  Siapa sangka rakan kongsi tersebut tidak segan silu menggunakan nama Fizo Omar untu membuat pinjaman bank walaupun selepas penarikan Fizo.


Credit to : Abang Nara

Papa Bz ngan POKER mama Bz ngan Farmville..

Sekarang ni makin fames kan game kat Facebook...kalau korang selalu online Facebook mesti punya akan terjebak gak satu dua game kat situ..pastu mula la melalut2 sampaikan sanggup bersengkang mata sampai pukul 3,4 pagi tuk main game...

Kalu korang nak tau kan, kenkadang kan papa2 or daddy or bapak2 orang neh kalu main game sanggup dok depan PC tu 23 jam 60 minit pon tak per....menang kalah adat pertandingan (itu kata diaorang).Ish....ish...ada pulak tu mama anis dengar cerita boleh plak beli chip yang main poker tu kat 7 Eleven...ish...ish...pergh...untung lah kalu menang kan....bley mama anis masakkan sup chip untuk diaorang hari2...wakakakaka...

ni la pic gme poker tuh

Yang mama2 or mummy2 or mak2 orang pulak buat2 bizi ngan farmville...Fuh,siang malam asik dok tunggu kat depan komputer takut2 ladang hangus..ada pulak tu sanggup pulak kunci jam pukul 2 pagi semata-mata nak harvest tanaman yang dah masak tuh..adus,macam2....

Gambar Farmville

Last sekali kesian la kat anak2, kadang2 terabai la pulak,makan pakai terpakai dek kerana keasyikan mam n papa bermain game kat facebook.Actually mama anis sengaja tulis entry nih supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri bahawasanya ANAK-ANAK adalah segala2nya....hehehehehe...

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Agak lewat sikit keluarkan cerita tentang Banjir kilat Kat KL neh.tapi mama anis tetap nak share sikit gambar berkaitan banjir neh....jom tengok..Klik sini



December 13, 2011

5 Blog Pilihanku 2011

Jom klik Blog en.Ben Ashaari





 Nie first time mama anis ikut segmen dari en.Ben Ashaari neh.Sebagai blogger yang baru tumbuh dalam bidang neh mama anis banyak belajar dari blog en.Ben nih. ok, Kat sini mama anis senaraikan blog2 yang menjadi pilihan dan sering atau boleh dikatakan tiap2 hari mama anis akan tengok untuk view update dari diaorang:
Keistimewaan nya?ntah la, korang try la bukak blog diaorang k...setiap orang menilai dari sudut yang berbeza.Tpi mama anis dapat rasakan tarikan yang ada dalam setiap penulisan,penyampaian diaorang.

Diet Ibu Hamil


“ibu mengandung kene makan 2 kali ganda sebab ada 2 orang, untuk uminya dan untuk bayi dalam perut tu.”
Selalu kan kita dengar ayat ni. Kadangkala mungkin cuma gurauan. Dari konsep matematiknya, nampak macam betul, akan tetapi dari sisi dietnya, ia tidak tepat. Pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga. Dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari. Yang selebihnya adakah akan pergi kepada bayi? Lebih tepat lagi, ia pergi kepada organ-organ ibu sendiri. 
Pada trimester kedua, keperluan kalori untuk tenaga ibu meningkat kepada 350 kalori. Dan pada trimester ketiga, ia meningkat sehingga 500 kalori. Kepada yang mengandungkan anak kembar, mungkin keperluan kalori lebih dari itu, terpulang kepada nasihat doktor. Yang perlu dititikberatkan juga adalah zat makanan yang diambil. Seharusnya lebih berzat dan kurangkan makanan ringan yang dapat memberi kesan kepada bayi samada kepada perkembangan fizikal atau perkembangan mental. (nak cuba sikit tu tak apa, cuma yang menjadi rutin, ambil makanan ringan setiap hari, itu yang perlu dirisaukan)
Sekarang kita dah tahu tentang keperluan kalori dalam pemakanan, jadi adakah perlu mengira skala kalori dalam setiap pemakanan kita? Susah sangat tu. Untuk memudahkannya, ingat bahawa ibu hamil penting untuk mengambil zat makanan seperti di bawah:

1. Protein
2. Vitamin C
3. Kalsium
4. Sayur hijau
5. Buah-buahan
6. Besi
7. Bijirin
8. Kandungan lemak yang tidak berlebihan
9. Makanan bergaram yang tidak berlebihan

Pendek kata, untuk memudahkan pengiraan, pastikan berat badan ibu hamil tidak meningkat secara mendadak pada setiap bulan. Itu pun sudah mencukupi dalam mengira pengambilan makanan yang mencukupi.
Wallahua’lam…

December 12, 2011

Konsert Yuna Online Hotlink


Untuk kali pertamanya Hotlink membawakan kepada penggunanya sebuah konsert yang disiarkan eksklusif secara online. Konsert tersebut dinamakan  Hotlink’s People Power Concert.
Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini, mempersembahkan Yuna mendendangkan lagu-lagu terbarunya yang masih lagi belum dipasarkan kepada umum. Melalui konsert ini juga penonton berpeluang untuk memberikan tajuk kepada single terbaru Yuna dan mungkin juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam video muzik lagu tersebut.
Konsert Online Yuna ini terhad kepada 10,000 pengguna sahaja. Anda perlu membuat tempahan untuk menonton konsert tersebut di laman web http://www.nowyoucan.my/yuna/index.php. Tempahlah sekarang untuk mendapatkan tiket anda.

Klik Sini untuk Maklumat lanjut...

BABY EIMAN NUR HAFIZ BIN ABDULLAH

Seperti Entry lepas yang mama anis janjikan,Kisah sedih ini mama ambil dari sumber Blog AAUDB sendiri.

EIMAN NUR HAFIZ BIN ABDULLAH

dia lahir dalam keadaan sihat walafiat, baby yg comel & sempurna, namun sikap tamak siibu kandung membawa padah pada Eiman, hanya kerana duit ibu Eiman sngap memberikan anak dia pada orang lain dengan bantuan seorang nurse disebuah hospital yang namanye terpaksa dirahsiakan, sehingga kan keluarga angkat yang sepatutnya menjaga Eiman menangis merintih bila mana Eiman dilarikan, namun kami nekad mengambil tindakan untuk selamatkan Eiman, hasil bantuan polis & peguam, Eiman Berjaya dikesan & smua yang terlibat dihadapkan kemuka pengadilan….
Namun Eiman terpaksa dijaga oleh sebuah pusat sebagai bukti kes (nama pusat juga terpksa dirahsiakan), Allah maha adil nurse dijatohkan hukuman penjara, ibu kandung & BF dia dipenjarakan, keluarga yg merampas Eiman dikenakan denda, kisah tidak hbis disana kerana perbicaraan masih diteruskan….

Pada hari perbicaraan seterusnya peguam yg mewakili kuaga angkat Eiman merasa tidak senang hati bila Eiman menagis namun tidak mengeluarkan suara…dia mengambil keputusan untuk menghntar Eiman untuk di check up, lalu peguam menghantar Eiman ke Prescot, hasil rawatan mngesahkan organ2 dalam Eiman rosak, termasuk paru2 & jantongnya punca dari jatoh dalam lingkongan 3 hari & badan Eiman lebam2….Ya Allah ape dosa anak kami….

Kerana inginkan kebenaran hasilnye selama 3 hari Eiman berada dibawah jagaan pusat perlindungan tersebut kami xkan lepaskan kecuaian ini, Eiman jadi mangsa….Eiman kini bertarung nyawa namun mampukan dia??? kering sudah air mata mama-mama mu di AAUDB duhai anak mengenangkan nasib mu….apa pan mama semua berdoa moga dirimu kuat duhai anak….kamu tidak berdosa…apa pn jika Allah menjanjikan syurga tu ttp milikmu kami mama-mama di AAUDB redha…pergilah duhai anak ku…jika itu janji Allah pada mu….

Sehingga kini kes perbicaraan Eiman masih lagi bertruskan kami akan bela nasib Eiman hadapkan ke muka pengadilan sikap cuai & tidak bertanggunhjawab pusat tu menjaga Eiman sikecil yang tidak berdosa ini….moga ini dijadikan pengajaran oleh smua pihak suatu hari nti….

Bonda-bonda sekalian marilah sama² kita berdoa untuk permata hati kami EIMAN NUR HAFIZ BIN ABDULLAH semoga segalanya adalah terbaik untuk EIMAN NUR HAFIZ BIN ABDULLAH….

UPDATED TERKINI:
The latest eiman..stabil c0ndtn.. Pekerja jkm kna gntung shingga keadaan eiman pulih, eiman kni dtempt bwh jgaan sultanah baiyah kedah
.

KLIK SINI UNTUK MEMBANTU
source:
http://aaudb.blogspot.com/

December 11, 2011

Anak Angkat Untuk Dibela...

Seawal malam nih mama agak leka dengan FB mama anis..Tiba-tiba dengan sekali klik mama dibawa ke Page FB 'Anak Angkat Untuk Dibela'.Page ini ditubuhkan oleh sebuah NGO yang amat prihatin ke atas nasib2 anak yang digelar anak tidak sah taraf.Kita selalu mendengar hampir setiap hari gejala pembuangan bayi.Jesteru itu, mereka tampil menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Mungkin ada sesetengah orang berpendapat kewujudan NGO ini hanya akan meningkatkan lagi gejala sosial tersebut.Tapi bagi mama,yang bersalah bukan lah bayi2 yang tak berdosa tu,jesteru itu kita wajib memberikan perlindungan kepada ibu2 sebegitu supaya mereka tak terdorong untuk membuang bayi yang tak berdosa.

Kat sini bukan lah mama anis nak highlight kat kepada sape yang bersalah atau yang tak bersalah tapi mama nak kongsikan satu cerita tentang salah seorang bayi teraniaya iaitu:

EIMAN NUR HAFIZ BIN ABDULLAH

ikuti kisah tentang bayi teraniaya ini pada entry yang akan dataang...

Gerhana Bulan Penuh - Sabtu 10 Disember 2011

Seperti yang kita semua maklum, semalam telah terjadinya Gerhana bulan penuh.Tentunya ramai yang berharap dapat tengok fenomena alam yang terjadi neh kan.Tapi ada sesetengah tempat keadaan cuaca tidak mengizinkan kita untuk menikmati fenomena alam ini.
Jadi pada awal pagi neh, mama anis nak share gambar2 yang diambil di falakonline ok.



Subhanallah, sungguh indah kan pemandangan neh?

Tahun 2011 menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.

Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.40 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.

KLIK SINI UNTUK BANTUAN...

December 10, 2011

Nak Dapatkan HADIAH Nissan Grand Livina?


Keluarga anda semakin besar? akan bertambah ahli keluarga bila2 masa jer? tentunya anda memerlukan kenderaan yang lebih besar,luas dan dapat memenuhi kapasiti untuk barang-barang kan...
ok,kat sini mama anis nak bagi satu link cara untuk mendapatkan HADIAH Nissan Grand Livina untuk korang cuba...mane tau kan tauah ayam nampak di kaki...Tuah Manusia sape yang tahu kan...

Jom click kat sini HADIAH NISSAN GRAND LIVINA

December 9, 2011

Cara Buat Duit dengan ChurpChurp

Saya pasti ramai yang dah tahu atau pernah denganr tentang ChurpChurp, tapi masih tertanya-tanya bagaimana cara buat duit dengan churpchurp ni. Saya sendiri masih baru je join churpchurp ni. Jadi, tak salah kan saya share serba sikit info pasal churpchurp ni disini walaupun agak terlewat.


Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi  offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini saya tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!

1. Mula-mula anda perlulah daftar akaun Churpchurp terlebih dahulu. PERCUMA je.
2. Pergi ke  bahagian Settings dan isi semua maklumat berkaitan seperti Personal Info, Twitter, Facebook, dll

Dah siap!
Ok, sekarang ni anda pergi ke menu Dashboard dan lihat General Guide pada sidebar sebelah kiri. Disitu ada diimaklumkan bahawa ada 3 cara anda boleh buat duit dengan ChurpChurp ni.

3 Cara buat Duit dengan ChurpChurp

1) Social Sharing Churpchurp
Ia merupakan cara paling senang untuk buat duit dengan churpchurp sekali sebab anda tak perlukan sebarang kelulusan dari pihak admin.


Hanya share link yang diberikan untuk campaign yang sesuai. Anda akan mendapat ganjaran bila ada yang klik link yang anda berikan itu. Antara cara promosi link paling mudah ialah menggunakan platform sosial, misalnya blog, Twitter, Facebook, IM, atau e-mel.

2) Social Seeding ChurpChurp
Melalui cara ini, anda akan ditugaskan untuk menyampaikan mesej pengiklan pada platform media sosial seperti Twitter, Facebook. Hanya ikuti arahan yang pihak mereka berikan.

3) Scheduled Tweets ChurpChurp
Untuk cara ini, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 follower di akaun Twitter anda. Pihak churpchurp akan hantar review twit yang akan anda submit sebelum diapprove. Anda perlu tulis dengan kreatif tweet tersebut dengan memasukkan kata kunci yang disediakan.

Berapa Bnyak ChurpChurp akan bayar?
Bayaran yang diberikan pada saya agak berbaloi iaitu sekitar  RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap unique click. Ya, itu 1 klik. Kalau dalam sehari anda mampu mendapatkan hanya 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan?
Kalau ada yang tanya cara mudah tingkatkan klik pada churpchurp ini jawapannya ialah FACEBOOK dan Twitter! Melalui facebook bukan sahaja anda boleh bersosial, tetapi juga boleh buat duit melalui churpchurp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.

Mudah bukan buat duit dengan churpchurp ni!!


Credit to :
http://asmawati.com/

Cara Simple Buat Telur Berbentuk Hati


Cara Simple Buat Telur Berbentuk Hati
Bahan-bahan:
1. Telur yang sudah di rebus
2. gelang getah atau tali
3. Kertas yang agak keras sama ukuran dengan telur dan di lipat 2
4. Kayu /pen/pensil

Caranya:
1.Siap jer telur di rebus, di letak pada lipatan kertas. (keadaan telur biar masih panas)
2.Kertas tadi di ikat kayu ditengah.. selepas dimasukkan telur(gambar no 3)
3.Tunggu +/- 15 minit hingga betul2 terbentuk. (gambar no 4)
belah bahagian tengah telur, bukan bahagian lekukan telur (gambar no 5)
4. (lihat video)
5 Tadaaa... telur rebus heart shaped sudah jadi.




Credit to:
(tutorial video sini http://www.syokdownload.com/2011/04/cara-simple-buat-telur-berbentuk-hati.html)

Seorang Ibu Lahirkan Bayi Gergasi




METHUEN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 5.98 kilogram (kg) di sebuah hospital di sini.
Menurut beberapa buah akhbar, proses melahirkan bayi itu oleh ibunya, Amanda Byron, 21, berlaku selama 10 minit.

Amanda sudah diberitahu bahawa dia akan melahirkan bayi gergasi sebelum kelahiran tersebut berdasarkan ujian imbasan.
Namun, apabila bayi tersebut selamat dilahirkan, ramai yang terkejut termasuk doktor kerana mereka tidak menyangka cahaya mata pertamanya itu terlalu besar.
Seorang doktor yang menyambut kelahiran bayi itu memberitahu Amanda bahawa dia mahu merakamkan gambar anaknya selepas melihatnya terlalu besar.
Bayi itu yang diberi nama Jonathan Patrick tidak menghidap sebarang penyakit walaupun tubuhnya besar.

Menurut rekod Guinness Book of World Records, bayi terberat di dunia dilahirkan pada 1879 dengan berat 
10.48kg yang meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan.

Remaja Hilang 2 Hari mengakui Dinodai Kekasih

KAJANG: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.


Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri Sabtu lalu.


Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya.


Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang.


“Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa akhirnya bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memaklumkan kepada keluarganya.


“Melihat mangsa memasuki ‘jerat’, suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya,” katanya.


Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa kerana bimbang akan ditahan polis.


Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri.


“Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa membuat laporan polis.


“Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis bawah umur dan kini di tempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Source:  
http://www.uptomu.net/

December 8, 2011

Air Asia tambang Murah Hari neh...10 Sen jer

Credit to En.Airasia..
Hari neh mama bergegas ke ofis.....bukan sebab banyak kerja tetapi sebab nak mencuba nasib mane tau kan ade rezeki dapat tiket yang harga nya RM0.10 sahaja dari air asia.....Credit la to Encik AIR ASIA sebab membuat promosi neh sempena aniversarynya yang ke - 10.

Berpeluh2 gak la nak mencuba.Seawal pkul 7.15 pagi mama anis dah tercongok depan pc kat opis untuk mendapatkan tiket online neh. Orang kata kalu buat 'Q' tu memang panjang lah..isi2 form ape semua amek masa gak la..

Actually semalam pukul 12.00 mlm dah start dah Promotion neh, bajet2 nak try semalam la kut2 tak ramai yang online.sekali tertido la plak...hehehehehe..hanyuuuuuttttttt.

Tapi alhamdulillah,nak dijadikan rezeki dapat gak tiket RM0.10 tuh perjalanan antara Kuala Lumpur - Bangkok Travel pada 17.7.2011 -21.7.2011

REZEKI2...JOM CUBA NASIB KENKAWAN MANE TAU DAPAT YG MURAH.

nota kaki:- amboi2 g awal keje sbb mende tuh,sib baik bos masih kat africa lagi bercuti. boleh la mama anis berpoyo-poyo..

Angry Chicken VS Angry Bird


Apple baru sahaja mengeluarkan senarai mingguan aplikasi terlaris di UK untuk iPad dan iPhone bagi minggu yang berakhir pada 4 Disember 2011. 
Senarai aplikasi terlaris untuk iPhone ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu percuma dan berbayar. Dari senarai dibawah,Game Angry Chicken sPro dan Angry Chickens LITE kedua-duanya berada di tangga teratas.

Angry Chickens dibangunkan oleh Digital-Minds dan menjadi saingan kepada Angry Birds keluaran Rovio.
Berikut adalah senarai lengkap aplikasi terlaris di UK:
Aplikasi iPhone Teratas (berbayar):
1.) WhatsApp Messenger – WhatsApp Inc
2.) Angry Chickens Pro – Digital-Minds
3.) Angry Birds Seasons – Rovio Mobile Ltd.
4.) Angry Birds – Clickgamer.com
5.) Amazing Breaker – Dekovir, Inc
6.) Who Wants To Be A Millionaire? 2011 – 2waytraffic UK Rights Ltd
7.) Infinity Blade II – Chair Entertainment Group, LLC.
8.) Fruit Ninja – Halfbrick Studios
9.) Camera+ – tap tap tap
10.) Sonic the Hedgehog – SEGA
Aplikasi iPhone Teratas (percuma):
1.) Christmas Countdown 2011 – The Best 25 Free Apps – MagicSolver.com Ltd
2.) Angry Chickens LITE – Digital-Minds
3.) Eye Check by Boots Opticians – 3 Sided Cube
4.) The Merry Manor – AlphaWeb Plus LLP
5.) Christmas Advent Calendar: The Best 25 Free Apps – MagicSolver.com Ltd
6.) The Sims Medieval (World) – Electronic Arts Nederland B.V.
7.) Modern War – Finzio Inc.
8.) Free Music Download – Limit Point Software
9.) Need for Speed Shift (World) – Electronic Arts Nederland B.V.
10.) My Town 2 – Booyah, Inc.

Pekeliling SBPA sudah di upload..

pagi2 neh mama anis check Laman web JPA tetiba terjojol lak pasal pekeliling SBPA....wah dah diupload rupanya..mama anis pasti ramai yang dah tak sabar nak tengok pekeliling kan? jadi tanpa membuang masa mama anis bagi link neh kat korang untuk ushar2 ape yg ada kat pekeliling SBPA neh....cepat2....berita HOT Neh...

http://www.pmo.gov.my/sbpa/index.html

December 7, 2011

Jom Tengok Wajah2 Pm Kita Lam IC

mama anis amat tertarik dengan artikel di yang disampaikan oleh blogger menteriku.blogspot.com. kat sini mama anis nak share ngan korang semua gambar2 bekas Perdana Menderi kita k..


 
BAPA KEMERDEKAAN
Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman
 
 BAPA PEMBANGUNAN
Kad pengenalan Tun Abdul Razak
 
 BAPA PERPADUAN
Kad pengenalan Tun Hussein Onn
 
 BAPA PEMODENAN
Kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad
 

 BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kad pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Full Sinopsis Ombak Rindu


Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

December 6, 2011

Cerita Murid Pandai

Cerita seorang anak murid yang pandai dengan cikgunya.
Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan satu soalan,
Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?

Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut,

"Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu.”
  Salah!!
Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2.

Tapi cikgu suka cara kamu berfikir.

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim.
Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,
Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim.

Sorang tu style makan telan semua sekaligus.Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis.

Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?”

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab,
Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin”.
Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin.
Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir.

Abang n Adik......


Permata Hati kami Putera Afiy Danish dan Puteri Airish Danysha