December 21, 2011

Komen Ariff Alfian Mengenai Status Agamanya-Saya seorang Muslim sehingga Mati


Ariff Alfian pelajar Malaysia yang telah mendapat tajaan Petronas telah menimbulkan isu panas sekarang ini kerana dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan Gaynya. Gambar Ariff Alfian muncul di internet dalam pakaian tradisional Malaysia dengan pasangan gaynya di Ireland pada satu majlis di Dublin City Hall.

Gambar-gambar yang disiarkan pada muka surat depan beberapa akhbar tempatan dan telah menjadi sumber kritikan dari pelbagai kumpulan di Malaysia, di mana hubungan seksual sama jantina adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun di dalam penjara.

Kontroversi ini telah mendorong pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan yang berjanji untuk menyiasat perkara itu.

Ariff Alfian Rosli (28) telah bermastautin di Ireland selama lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin. Selepas perselisihan pendapat yang ketara dengan anaknya pada tahun 2009, bapanya Encik Rosli melaporkan anaknya Ariff Alfian hilang kepada pihak berkuasa Malaysia.

Encik Rosli semalam memberitahu The Times Ireland beliau tidak hilang dan ingin membetulkan komen yang tidak tepat mengenai beliau dalam media Malaysia.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Beliau enggan mengulas sama ada terlibat dalam hubungan sesama jantina. Homoseksual masih menjadi isu yang pantang dalam Malaysia. Peguambela bagi hak-hak gay berkata, ramai rakyat Malaysia masih takut untuk keluar secara terbuka kerana takut kutukan agama atau pendakwaan.

Ariff Alfian juga berkata, laporan bahawa dia telah meninggalkan agama Islam adalah tidak tepat.


"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "

Beliau juga berkata beliau telah berhubung rapat dengan keluarganya dan bingung bagaimana "kehilangan" beliau telah menjadi sumber utama kontroversi di Malaysia.

No comments: