January 17, 2012

Kaki Rasa Kejang Semasa Hamil..

Senaman Untuk Mengelakkan Kekejangan Kaki

  • Berdiri Menghadap dinding
  • Tunduk Ke Hadapan Sambil Tangan di Lekapkan Ke Dinding dan Kaki terletak Kemas di Lantai
  • Sekiranya anda dapta rasakan otot2 di belakang anda tegang, anda sudah melakukan dengan betul.
  • Lakukan Selama 10 saat,Kemudian rehat selama 5 saat dan ulang 2 hingga 3 kali.
 

  • Baring ke kiri anda seperti kedudukan di dalam gambar.Releks dan Tarik Nafas.
  • Kemudian lepas Nafas sambil Perlahan-lahan mengankat kaki setinggi yang boleh.
  • Kemudian,tarik nafas dan letakkan kembali kaki perlahan-lahan.
  • Ulang Beberapa kali.

  •  Regangan Bahu : Berdiri dengan kaki terbuka.Pegang lengan anda di bawah siku dan tarik siku ke arah bahu yg berlawanan.Lakukan selama 5 hingga 10 saat.
  • Regangan Kaki:Berpegang pada kerusi yg stabil.Pegang kaki dan bawa ke punggung.Pastikan belakang anda lurus.(mama anis syorkan yg 5 bln ke atas tk pyh kot wat senaman neh)dah sarat benar dah tuh....

January 12, 2012

KOMPLIKASI IBU BAGI KEHAMILAN KEMBAR


1.  Kelahiran pramatang-Kelahiran pramatang adalah biasa berlaku bagi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku apabila rahim mulai mengecut dan cervik mula melebar sebelum waktu hamil belum mencecah 37 minggu. Keadaan ini mendorong kepada bersalin pramatang.

2.  Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg.

3.  Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Preeclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi.

4.  Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi.

5.Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh.

6.  Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang.

7.  Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan.

8.  Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit.

9.  Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu. Pembedahan secara caesarean boleh mengelakkan

Beberapa Penyebab HB Rendah...


PUNCA HB RENDAH
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB ketika Hamil

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

 CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Hati Ayam: 1 ketul (setiap hari)
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis

2. Pengambilan vitamin yang dibekalkan dari Klinik Kesihatan dimakan dengan cara yang betul dan berterusan
  •  Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

3. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
  • Sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

PERKEMBANGAN JANIN DI USIA 6 BULAN

Janin masih sangat kecil. Garis-garis sudah tampak pada telapak tangan dan ujung-ujung jarinya. Sistem pendengaran mulai berkembang walau belum sepenuhnya berfungsi. Proses pembentukan tulang terus berlanjut sehingga tulang janin semakin kuat. Panjang janin 33 cm dan beratnya 570 gram.
Janin sudah tidak bisa bergerak leluasa, karena seluruh ruangan dalam rahim telah terisi/penuh. Janin akan berada alam posisi meringkuk, dengan tangan didepan dagu dan kaki di depan dada. Walaupun sistem organ belum berfungsi sepenuhnya, namun janin mampu mendengarkan suara-suara dari luar, danmampu merasakan apa yang dirasakan ibu. Bila ibu merasa stress, cemas, kesal sedih atau bahagia,janin akan merasakan hal yang sama. Kondisi ini disebabkan hormon adrenalin yang diproduksi ibu dapat menembus plasenta sehingga mempengaruhi kondisi emosi bayi.

Si ibu dapat merasakan bagian-bagian tubuh janin yang berlainan dengan menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan kadang ibu merasakan sakit di bagian perut.

January 9, 2012

Bestnyer Dapat Baby Kembar...


Teruja tak korang bila korang dimaklumkan yg bahawasanya korang bakal mendapat bby twin?
Last week gi checkup kali kedua tuk kepastian tentang kandungan mama anis.Appoitment mama anis di klinik kesihatan sepatutnya pkul 9.00 pagi tpi dek kerana hari yg terlampau bz mama anis hanya berkesempatan ke Klinik Kesihatan hanya pada pukul 2.00 petang @ 4 Januari 2012...Mama anis cukup2 berterima kasih kepada cek suami kerana dengan jasa baik dia, dia telah mengambil no giliran n mendaftarkan mama anis di KK pada pkul 11.50 pagi. Jadi petang nya mama anis tk perlulah menunggu panjang untuk checkup kan.
    Pkul 1.30 petang mama anis tgu en.suami bagi buku pink yg dia gi daftar tadi n sembang2 bla...bla....sikit n dia tapaukan makanan sikit utk mama anis (baikkan en.suami saya...hehehehe) then mama anis trus vroom...vromm.. ke KK...smpai kat KK dlm kul 1.40 petang tgu dlm pintu KK bukak lam keta dlu smbil2 memenuh kan isi perut...nyumm...nyumm....lima minit pkul 2 mama anis trus gerak ke pintu masuk klinik..alamak pintu lum bukak la lagi tunggu lagi depan pintu.Kul 2.00 tepat pintu bukak rmai2 serbu msuk dalam.org lain sibuk2 tgu turn nk daftar mama anis plak trus ke kaunter urine test n HB.Jadi save tima la sikit kan. result urine test OK...tpi HB la plak low dari 11.3 jatuh ke 9.2 mencecet2 nurse yg check Hb tuh ngan mama anis.
    Pastu terkedek2 la plak gi scan card tuk jumpa nurse....kat Klinik kesihatan putrajaya ada sistem baru tau tuk tahun 2012.smua buku pink diwajibkan letak kat dalam bakul n kita hanya akan dicheckup oleh nurse yg sama sepanjang kita checkup di situ k..kalu dlu kan setiap kali kita checkup akan jumpa nurse yg berbeza2 kan..10 mint tunggu no giliran mama anis dipanggil (cepatkan..huhuhuhu).masuk jumpa nurse.
Kena bebel lagi 1) family planning fail - hahahaha mana tknya bby mama anis yg last skrg baru hnya berusia 9 month dh tetibe ade lagi hahahaha.ape nk buatkan rezeki. 2) HB low - nurse suruh jaga pemakanan...n bla...bla...bla..(ntah ape yg direpekkan ntah la).
    Then check perut tuk jntung bby, smua ok.pastu nurse refer ke doa tuk scan.keluar bilik nurse gi scan balik card kat kaunter tunggu lagi kat ruang menunggu tuk jumpa doc plak. lebey kurang 5-7 minit dh dipanggil. masuk bilik doc, doc scan n disahkan bahawasanya 'ha' a la puan, saya nmpak bby puan ada dua , twin neh.' hehehehehehe...tgok kat screen...dok bergerk2 bby comelnye...so doc KK pun referkan lah mama anis ke Hospital.untuk makluman memg setiap kandungan yg lebih dari satu akn direferkan automatik ke hospital yer...(ala lemahnye kena gi checkup kat hospital lak).
    Nanti mama anis ceta kan plak yer pengalaman checkup kat Hospital k....