April 29, 2012

Adam Danish Ketabahan hati Mama...


Entry lepas saya share gambar zara kan, twin pertama kami...hari ni saya nak share perkembangan twin kedua kami iaitu Adam Danish.Dilahirkan 3 minit lewat dari twin first. Masalah kesihatan Adam sejak hari pertama hingga kini saya list kan satu persatu ye...apa yang telah ditempuhi dengan kuat dan penuh semangat oleh twin kesayangan..
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.Bayi yang mengalami keadaan macam ni berkemungkinan besar mengalami kecacatan.Semoga Allah lindungi Adam wlaupon pernah mengalaminya. 
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.Adam bergantung sepenuhnya pada bantuan mesin penafasan.dan pada minggu2 ini telah menunjukkan perubahan yg agak ketara dan memberangsangkan.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.  
Kesan-kesannya
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Wajah putera hati kami...











April 22, 2012

Zara Danysha Kekuatan Semangat Mama..

Hari ini 22 April 2012, aku nak share dengan korang semua...family2, saudara2, kawan2 dan semua yang selalu bertanyakan tentang dia...puteri n putera kesayangan aku.Alhamdulillah,diaorang beransur sihat walaupon masih memerlukan bantuan pernafasan..di bawah adalah video ZARA DANYSHA...keadaan masa video diambil berada dalam keadaan yg ok tapi kurang stabil..


Semasa video ambil, zara bergantung hampir 90% bantuan pernafasan dengan mesin.sedang transmission darah (pada kaki, ada dalam video),dan mendapat jangkitan kuman pada perut.Jangkitan pada perut telah bernanah n berair...
Video ini bukan untuk meminta simpati cukup sekadar sedekah Al-Fatihah untuk twin agar lebih kuat harungi keadaan2 mencabar n kritikal..

p/s: hakcipta video ini adalah hak mutlak http://mama-anisfarhana.blogspot.com/ sebarang copy adalah tidak dibenarkan sama sekali.tindakan undang2 akan diambil sekiranya anda cuba membuat copy bagi video ini. untuk tujuan sharing info boleh link kan terus ke blog ini.thanks...

April 21, 2012

Perkembangan Twin Hari Kedua Dilahirkan

Hari pertama,seperti yg korang semua tau kan...aku memg la tk dapat tgok twin sbb bersalin ceaser n twin kat NICU tingkat 1 hospital.Hari kedua lewat petang aku dan cek suami pegi NICU utk tgok twin.First time tengok, menangis aku sendiri...lembik sekejap aku kat situ..YA ALLAH...kecik nya.teramat-amat kecik.For Information, size Zara n Adam wlaupon berat msing2 1kg semasa bersalin tapi size nya lebih kurang plastik gula yg korang beli 1kg tu...itu je lah besarnya...ermm...

Masa tu,doctor pon datang terangkan keadaan bby.kata doctor...baby kami kedua2nya memang dalam keadaan amat2 kritikal..tk mampu bernafas sendiri langsung.tak mampu lawan jangkitan...tapi doctor berjanji utk buat apa yg terbaik untuk twin.Hari tu juga 22 April 2012, kami telah menandatangi surat yang menyatakan bahawa kami bersetuju utk bagi kebenarn doctor melakukan apa2 sahaja kepada twin sekiranya keadaan terdesak.

April 19, 2012

mak sibuk main fb,anak dok buli org...dunia2..

pagi tadi gi hospital awl2 pagi...drive sendiri lagi hari ni...cek suami masih berkursus ya selama seminggu ni. Jadi xleh kcau dia time kursus.Lagipon mama anis dh msuk 30 hari dh confinement.jadi dh kuat sikit dah.emergency call dari hospital putrajaya, zara dalam keadaan yg agak tidak ok (betul ke tak ayat aku neh...erm...). Doctor minta mama anis dtg tuk amek drah.

Nak dijadikan ceta la kan, taska yang slalu mama anis hantar ank yg sulung tu terpaksa ditutup start hari ni 19hb sehingga la 29hb april 2012 ni...lama oooo...(yuran leh mintak half tak kalu gitu..hehehehe).Jadi terpaksa la heret sama big brother tu gi hospital.

Sib baik la dia ok bila mama tumpangkan dia dengan security guard yg kat ground floor tu.for information ya, hospital putrajaya tk benarkan knk2 under 12 tahun untuk ke ward ye..wlaupon waktu melawat or weekend or weekdays or whatever.jadi terpaksa la mama anis minta jasa baik kakak n abg2 guard tuk jga big brother tu.

Actually, bkn nk ceta pasal zara n adam hari ni ye...entry nie nk ceta pasal big bro yang telah dibuli oleh seseorang semasa di playground hospital...
mama anis ingat big bro ni yg suka buli bdak2 lain tapi hari ni dia agk bersopan la pulak...msa main kat playground tu msuk la sorg budak boy tu...mama anis tgok pon cam lasak la kan.(playground tu kat lam bangunan hospital ya).siap main panjat2 lagi n ntah ape2 lagi la..big bro asik perhatikan jer tingkahlaku boy tu.umur lebey kurang sme je..aku dok jeling2 kat mak boy tu...layan fb la pulak...padahal ank dia dh mcm2 ragam dh kat playground tu.dok buli ank2 org lain.ish...ish...pastu sorang2 budak kat plyground tu kuar..juz tinggl big bro n budk boy tu jer..pastu dia mula nk attack big boy lak...

aku jeling lagi kat mak budak boy tu...asik jer lagi ngan FB dia...nk jer aku jerit woi....tgok2 la ank tu sikit...tau la ada henpon mahal leh fb tpi tkkan dok biar ank cmtu je..tpi lam hati jer la aku jerit kang ckp aku kuang ajar lak kan...huhuhu..

nie ler muka budak kena ragging tadi kat playground...hehehehehe..
mula2 budk boy tu buat big bro sikit jer...pastu mkin lme makin dasyat pulak dia membuli...siap tarik2 baju lagi...siap tarik2 kepala big bro lagi..last2 my little big bro dh tk leh defence diri trus la nangis kat situ...huhuhu..

aku pon jerit la...kat budak tu, mak dia time tu bru tersedar...baru la terhegeh2 nk pi tgok ank baru la nk terhegeh2 nk say sorry...hah...
dalam hati aku cakap, pls la jga anak tu...aku nih pon ada fb jugak bukak time2 free je...time ngan ank tgok2 la ank tu.ni tak, aku yg lam pantang nih la jugak yg terlari2 nk leraikan diaorg...
terbukak luka kat perut tu aku gak yg nangis...sob...sob...sob...tu la ceta seharian big bro di hospital temankan mama...

April 17, 2012

Kebaikan Susu Ibu..

Hakikatnya susu ibu adalah terbaik dari susu formula yang temahal sekali pon..
malam ni mama anis nak share ngan semua tentang kebaikan susu ibu.Actually mama anis telah bertekad bahawasanya mama anis akan berusaha untuk fully breasfeeding tuk twin sekurang-kurangnya 6 bln.tetapi hope sgt dapat lebey dari tu...Doc pon cakap susu ibu dapat tolong my twin utk lawan sakit dia...hope diaorg akan better than more..
Kebaikan Susu Ibu:
(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) Ianya PERCUMA!

(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.

(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Jari Jemari Budak Tecik tu...

Ini Jari jemari sape?

Ini jari2 budak bucuk nama adam danish...tecik tak? diambil pada 10 april 2012 ketika adam berusia 19 hari.

April 16, 2012

Pengalaman Bersalin Twin Part 4

Yang belum Baca lagi dari mula silalah ke page ni yer Pengalaman 1...kalu tak korang mesti tertanya2 pulak kisah sebelumnya.

Ok...pas keluar dari ruang pemulihan aku ditolak semula ke labour room.kenapa tak dimasukkan terus ke ward? sebabnya sape yang pernah bersalin di hospital putrajaya mesti tau yang bahawasanya bilik2 di hospital tu sgt2 la crowd.jadi sementara nak tunggu kosong letak la dlu kat labour room.masa sampai kat labour room family yang first aku tengok my lovely sister in law la...sambil tersenyum2 kat aku dia cium dahi aku n bisikkan kat aku...anis jangan risau k, akak dah amek afiy n airish ada ngan mak...time tu dah sedih dah...thank kak ina...i sayang u lebey la...hehehehehe...

pastu nurse tolak masuk lam bilik...tukar katil n whatever...tukar baju...pastu mak saya pulak masuk tengok..bawak airish sekali..masa tu memang dah sama2 nangis dah...rasa ssedih sangat kalau difikir2 kan..hehehhehe...kenangan terindah seumur hidup.dia siap cakap kisah anis ni dah boleh buat cerita dah...
takpa pasal anak2 jgan risau..mak dan yang lain2 ada.sadisnya time tu..

mak aku yang kat perlis pulak baru ondaway datang dari perlis selepas dapat call ke seremban untuk minta bantuan family dari sini untuk amek abang afiy yang aku tinggalkan kat umah.untuk pengetahuan, super angel yang telah menyelamatkan abang afiy daripada keseorangan adalah my sister, kak ina n husband dia..thanks.

cek abang dalam pukul 4.45 pagi baru diberitahu yang aku dah selamat bersalin..pagi tu dalam pukul 4 pagi dapat call dari abah seremban (cuma misskol tak sempat angkat).hati cek abang saya dah mula tak sedap bila terpandang call dari abah seremban.tetibe pulak line maxis ada kan...erm...agknya kejap aade kejap tkda la tu.dalam pukul 4.45 pagi dapat mesej dari husband kak ina (abg shawal) mengatakan aku dah selamat bersalin...terus terduduk,terdiam,,,semua ter la time tu....taktau nk buat apa...

daripada cerita cek abang aku kat aku...time tu dia rasa bersalah sangat2 kat aku...sbb tinggal aku sorang2. menangis dia sorang2 time tu.pastu pegi kat reception kaunter minta call ke malaysia pkai fon diaorg... call kat mak perlis untuk inform yang aku dah selamat bersalin (agknya time tu mak aku mesti tergelak kan...sebab mak aku la org first yg tahu aku sakit nak bersalin,dia la ke hulu kehilir buat call minta bantuan walaupon dia dok nun jauh di perlis).cek suami time tu tak tahu pon ceta disebaliknya.so dia ingat mak aku tu belum tahu lagi la kan.

pas kol mak kat perlis dia kol mak kat seremban...kene la marah sejibik ngan mak seremban...mak seremban tanya...ayie pergi mana...kenapa tinggal anis sorang2....bla...bla...bla...

pastu dia kol kat husband kak ina, tanya keadaan aku pulak...siap2 pesan lagi minta tolong belikan ape2 keperluan tuk baby n anis...baru tau sedih...baru teringat bahawasanya kitaorg memg tak prepare ape2 pon tuk sambut baby...semuanya berlaku terlalu cepat..

pukul 7 lebey baru aku dapat tempat di ward..dipindahkan ke ward...baby tak dapat tengok pon sedihnya... tak ckup bulan n terpaksa duk lam incubator di nicu.
Bekas yang menempatkan twin...

pada mulanya aku ingat keadaa bby ok jer cuma tk cukup berat jer...doc pulak minta sgt2 nak jumpa parent baby kat nicu tuk sign dokumen n brief tentang keadaan bby.terpaksa la tgu cek suami blik pada mlm tu juga.

April 13, 2012

Pengalaman Bersalin Twin Part 3

Sambungan cerita kat labour room pula...

masuk jer kat ruang labour room...nurse dah tanya macam2 la....tkder orang tolong ker...nape tak call sedara ke, kenkawan ke or jiran2 ke...nak jer aku cakap cam gini kat nurse tu...weh dah pukul 3 lebey ni sape yang nak terjaga weh..tapi aku simpan jer lam hati ni...hehehhe..walaupon sakit memang giler2 tapi tetap teringat kat abang afiy n airish camner keadaan dia..berkali2 aku ingatkan nurse minta tolong tengok2 kan airish yer. and kalau akak aku datang minta tanyakan pasal afiy.

kat labour room malam tu pulak doctor yang on call lelaki la pulak...hehehehe...dah 2,3 orang doc lelaki kerumun kat aku...haish...malu la aku.sib baik time tu dah tukar baju n kain hospital..nurse tanya lagi kat aku memang dah dekat due dah ke? aku cakap belum lagi la nurse baru 6 bln....oooo....awal lagi cakap nurse, mungkin sakit2 biasa kot.dia check contraction kat perut aku...letak tangan dia kat perut aku..masing2 diam.
kenkadang terdengar gak la suara aku mengerang kesakitan.

doc lelaki tu datang lagi, camana nurse contraction?
kerap doctor, three in ten.cakap dia.aku dengar je...hehehe..tau pon yg aku neh memang sakit terdesak ni bukan main2 dah.ok nurse, kita check jalan dah buka ker?
alamak, doc neh ke yang nak check aku ni?lelaki pulak tu...malu2...(part neh aku tak pernah ceta kat sesape pon even cek suami,hanya exclusive tuk pembaca blog mama anis)

puan , saya minta izin untuk check jalan dah bukak ke belum...alamak...malu2...camana ni????ape nak buat ni...doctor, takda doctor pompuan ke...saya malu la...ish...saya boleh tahan lagi neh...sekejap yer puan...doctor tu pon berlalu..alamak selama bersalin dua anak yang lepas smua doctor pompuan jer...camana neh...dah la lelaki...muda pulak...hensem pulak tu....waaaa...........nak nanges rasanya..tetibe doc tu datang dengan sorang doctor pompuan.aku cepat recgonize sape doctor pompuan tu...doc Pavani....selalu gak aku checkup ngan dia masa aku kene refer ke hospital dulu....fuh nasib baik la ade jugak doctor pompuan..alhamdulillah...

Doc Pavani cakap ok kita nak check ye...ok...accepted...dia check...doc yang lelaki tu pulak masukkan tiub drip kat tangan aku...check...check..nurse tanya kat doctor tu...macamana doctor dah ada jalan? aku dapat dengar yang doc pavani tu cakap dah zero stage dah...boleh bersalin bile2 masa.nurse tu tanya pulak kat aku puan takda rasa nak meneran ke?
aku balas balik....xda la pulak...

diaorang tolak mesin scan kat aku...doc scan perut aku...patut la, breech(songsang)...patutla tak boleh. prepare tuk ceaser arah doctor tu.dengar2 kena ceaser...alamak,aku nih bermimpi ker????? tetibe sakit...tetibe kat hospital...tetibe nak kena operate...laki pon dok jauh...anak2 ntah kat mana2... Ya Allah kuatkan semangat aku.

nurse tolong aku tukarkan baju operate...dia pakai topi cam nak gi mandi hahahahahaha....dalam sakit2 tu boleh pulak aku rasa nak tergelak.pas tukar baju doc bagi surat2 tuk sign...doc cakap kat aku...puan disebabkan husband puan takda...waris2 terdekat juga takda jadi kami memerlukan tandatangan puan sendiri untuk operation ni yer.pastu dia pon bacakan la tuk aku isi kandungan surat yang aku perlu tandatangan tu.

serius aku cakap time tu,fikiran aku ntah ke mana2 ntah,,,,doctor bagi penerangan pon aku dah rasa macam dia membebel ape ntah.sepatah dua jer aku dapat tangkap...pasal komplikasi...pasal pemindahan darah...pastu dah tak dengar dah...sebab sakit makin kuat..

then, lepas sign surat2 tu diaorang tolak aku ke bilik operation...sempat jugak tengok kat pintu depan tu tertulis besar2 'DEWAN BEDAH'. ei...takutnye...masuk situ punya lah sejuk....yer la dah la first time kena operate pastu sorang2 pulak tu masuk bilik operate....pengalaman tak diduga betul...hehehe..

masuk dalam tu doc pakar bius pulak amek part...dok terang2 pasal nk bius aku kat tulang belakang (epidural la tu).aku angguk2 kan jer...buat2 faham...dah habis penerangan dia suh sign...sign sendiri lagi...hehehehe...ape nak buat kan.masuk kat bilik operation tengok smua lampu operate dah terpasang...lampu bulat2 tu yang nak suluh perut kita tu...wa....takutnye..diaorang baringkan kat katil operate...kecik jer katil tu muat2 ngan badan memg kene care sangat2 sebab kalu kita bergerak2 mesti akan jatuh.

sorang tu tu cakap,puan...puan kena duduk kejap sebab doctor nak bius kat belakang puan...aku balas la... saya dah tak boleh duduk ni...boleh baring jer sebab kalu saya duduk mesti sakit sangat ni..
tkpe puan...lepas bius ni puan takkan rasa sakit dah..saya tak tipu...
aku pon try la duduk dengan bantuan nurse2 yang berapa orang ntah...memang agak ramai la time kat bilik operation tu.


lebey kurang cam gambar kat atas ni la keadan aku masa kena bius tu...siap2 peluk bantal lagi....comel tak...kikikiki.aku rasa sape yang pernah ceaser mesti mengalami dan melalui pengalaman yang sama kan...
dan untuk fakta...cucuk epidural tu memang sakit sangat2 dengan panjang jarumnye yang manakutkan...hehehehe...
tapi sebenarnya cucuk untuk matangkan paru2 baby adalah lagi sakit dari cucuk bius sebab sampai sekarang aku masih terasa kesannya selepas 25 hari operation..lame kan...tak tahu la effect dia sampai bila kan...cucuk tu kat peha n sangat2 pedih.

pas bius tu dalam 5 minit...memang dah takda rasa sakit contraction dah....agak boleh bertenang la time tu... tunggu kena robek jer la perut time tu..redha dan keringkan hati untuk twin.

wlaupon tak sakit tapi sebanarnya kita boleh rasai bile doc toreh perut kita...doc kuak perut kita...sebenarnya kita boleh rasa...aku memang rasa semua tu...sekejap jer keluar 1st twin...pada 5.14 dan 2nd twin pada 5.17 girl n boy...alhamdulillah...tak sempat pon pegang n cium bby macam ibu2 lain sebab terus ditolak ke NICU (neonatal intensive care unit) sebab baby kecik n tak cukup bulan.agak sedih sebb tak boleh pegang baby kan.pas siap jahit n whtever kat perut aku yang kena robek tu diaorang tolak aku ke ruangan pemulihan selama setangah jap kat situ...masa ditolak keluar tu memang menggigil tak ingat la kan...dengan dari pinggang ke kaki tk rasa apa2...pasrah jer lah apa yang diaorang nak buat kan masa tu kan...

ok....setakat neh dulu la...nak prepare gi tengok twin pulak kat hospital...nanti mama anis akan cerita pulak keadaan twin...hari demi hari....

April 12, 2012

Pengalaman Bersalin Twin - Part 2

-Masih teringat2 lagi perbualan mama anis ngan cek suami 2-3 hari sebelum dia fly...masa tu kitaorang keluar lunch sama2. Masa cek suami tengah drive tiba-tiba jer mama anis tanya kat dia..papa..papa..kalau la masa papa kat sana tiba-tiba mama sakit nak bersalin, mama nak buat macamana? Dia terus cakap, mama call la dekat kak ina (kakak ipar).minta tolong dia, tak pon mama minta tolong jiran-jiran.Last choice, mama call ambulance.Mama anis pula balas, Ok, let say la kalau call semua tak dapat....mama drive jer lah pergi hospital sendiri...boleh tu...(confident jer aku ckp).pastu kitaorang pon gelak sama2...cek suami siap cakap minta di jauhkan lah semua tu sebab due date kan lambat lagi.

Morale of The story : jangan cakap yang bukan2...kalau masin mulut tu tanggung la sendiri..dulu masa anak kedua sekarang masa twin.memang terjadi betul seperti apa yang dikata..apapun semua adalah takdir Tuhan.

Perasaan membuak2 untuk update saat2 dan ketika di labour room tapi masa pula tak izinkan. sekarang amat2 sibuk berulang-alik dari rumah ke hospital setiap hari untuk melawat twin.Mesti pergi tanpa gagal kalau tak diaorang compem merajuk...hehehehe...

April 11, 2012

Gempa Bumi 11 April 2012..


United States Geological Survey (USGS) telah melaporkan pada  16:38 (waktu Malaysia) gempa bumi di luar Aceh pada kadar 8.9 magnitud, 431km barat daya Banda Aceh.
Pusat gempa kira-kira 962km barat Kuala Lumpur dan gegaran dilaporkan telah dirasai, antara lain, di Subang Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar.
Monitor AS telah mengeluarkan amaran tsunami Lautan India berikutan gempa bumi besar.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/194748

Ramai yang update kat Facebook tentang terasa gegaran gempa bumi area 4.33 petang-4.40 petang neh..Semoga semua umat ISLAM tak kira di mana berada diselamatkan dari musibah ini...

Ada Sesuatu Disebalik Kejadian...

Kadang-kadang kita merasa kan nasib kita lah yang paling malang...tapi bila kita lihat dari sudut yang berbeza sebenarnya ada sesuatu disebaliknya.
Bila kita rasa kita dalam keadaan paling teruk sedarlah bahawa ada yang lagi kurang bernasib baik dari kita ..
Kadang-kala Tuhan turunkan Hujan seketika untuk Hadiahkan pelangi yang Indah untuk Kita...

Wassalam...

April 10, 2012

Pengalaman Bersalin Twin - Part 1

Sebelum-sebelum nih, entry mama anis selalu berkisar tentang perkara2 semasa antenatal jer kan...so hari ne mama anis nk bercerita tentang pengalaman mama anis semasa melahirkan twin yang tak cukup bulan...korang nk tahu tak macamana semuanye berlaku?...jom kita review balik pengalaman mama anis masa n ketika tu..

Masa tu...jam pukul...

1.45 pagi   - Mama anis terjaga time tu sebab anak ke 2 asik batuk2 jer...actually nama dia Airish, dah memg sejak beberapa hari dah dia tak sihat.and dah beberapa kali pergi klinik sedut gas sebab dia kata doc kena asma.jadi mlm tu mama anis tido pon sekejap2 jer sbb risaukan keadaan dia (masa tu blum sakit lagi).Tengok2 dia n tepuk2 pastu bagi dia baring...tpi airish tknak lelap2 jugak...tkpe lah mama anis temankan k..dia pndang mama n mama pon pndang dia..tpi dia tk nangis ker ape ker..

2.00 pagi   - Tetibe jer perut rasa sakit...tpi sekejap2 jer sakitnye..mama anis rasa angin kot lam perut..still baring lagi ats katil ngan Airish...Tetibe jer tingat kat pesanan papa ayie yg nun jauh disana....nk tdo mlm pkai stokin nanti msuk angin dlm bdn sape sush...mama pon bgun carik stokin..carik2 tk jumpe2...pas tk jumpe baring blik..sbb mkin sakit pulak perut neh.ade gak terdetik lam hati neh ntah2 aku dh nk bersalin kot..ntah2 yg aku rasa neh contraction agknye,tpi tkkan la aku tktau neh contraction sbb akn bkn bersalin ank sulung jdi mesti la tau cmner rasa contraction...sambil pndang airish kat ats katil aku fikir lagi...

2.25 pagi   - Alamak...YA ALLAH makin sakit perut neh...kenape ni...papa ayie pula tkde skrang ni...nak ngadu kat sape pulak malam2 ni..karang kalau kol kat orang ape plak orang cakap tengah2 malam kacau orang tido.Kalu Call pulak takkan aku nak bagitau yang aku sakit perut...takkan pulak nak cakap aku nak bersalin.(tak pasti time tu samada sakit nak bersalin or whatever)...Tuhan jer la yang tahu..

2.45 pagi  - eh...basah plak suar aku neh,pegi toilet,check. Ya ALLAH....DARAH.dah mula tak sedap hati. tpi dalam fikiran msih tertanya2...nak bersalin ke tidak...nak bersalin ke tidak..tpi tetap aku cuba kata kat diri sendiri yg belum sampai masanya sbb skrang kan bru 6 bulan lebey..

3.00 pagi  - cuba call kat papa ayie wlaupon tahu mesti tkkan dpt ckp punye sbb kat sana tkde coverage.selalu pon kitaorg berhubung melalui FB kalau papa ayie outstation kat sana.2x cube call tak dpat..minah operator yg angkat...baring balik sebelah airish sambil fikir ape nak buat..cube2 bawak tido kot2 boleh tahan sakit.tak boleh jugak la...bangun balik..nekad la call kak ina (kak ipar),dia pon dok bangi.mne tau dia leh tolong...call2...tkdapt..call kat mak mertua la kat seremban..mane tau boleh mintak tlg dia call kat k.ina.call lagi...tak dapat jugak..hp off...

3.05 pagi  - Call kat jiran2 area umah...kedua2 nye pon tak dapat jugak...Actually aku tk salahkan sesape sebab time tu memg time tido.kalu aku tk sakit pon memg kalu ade org call aku pon lum tentu dpt sedarkan diri...hehehe...ok...fikir lagi..(ckp kat diri sendiri- aku tk leh dok terbaring jer kat katil neh,karang kalu ape2 jadi kat bby aku gak yg menyesal..)bangun...siap2 kan barang airish,masuk dlm beg dia...siap2 barang abg masuk dlam beg dia.perut makin sakit neh.call kat mak kat perlis la..
call..tak angkat...call lagi...baru angkat..mak...tlg kakak...kakak sakit sangat neh..tktau la sakit nak bersalin ka apa...sob...sob...dah mula nangis bile dengar suara mak kat tefon..mak tanya ayi kat mana...aku ckp ayi tkda kat umah...tibe2 terputus pulak line tefon..

- time dah tk tgok dah...cakap kat diri sendiri..kalau sayangkan babies aku mesti buat sesuatu ok...tk boleh tunggu2..sbb sakit makin kuat n bleeding sekali.aku kira2 sakit aku dlm 5 minit sekali terasa.bunyi cam contraction dah kan..aku dukung airish yg dari tadi dok perhatikan aku ke hulu ke hilir jer (ALLAH tu MAHA PENYAYANG sbb dalam keadaan aku camtu dia sedikit pon tak menangis).Sambar beg yang dah aku siap packing bju n pempes n susu dia.alamak...abg la pulak tido lagi..nk kejutkan compem nanges punya sbb tk ckup tido..

- Time tu dah taktau ape nak buat..mampu berserah pada ALLAH supaya lindungi Abang afiy ( first son)  sbb aku hanya mampu dukung airish yg berusia 11 bln tu jer wat masa tu.wlaupon takut sbb msa tu dh pukul 3 pagi kan aku gagahkan diri naik lif turun ke basement tmpat kereta (aku dok umah flat kerajaan jer).memg sakitnyer time tu hanya ALLAH yang tahu.smpai kat kereta, letak Airish kat car seat dia...time tu sakit datang lagi...tunggu sekejap kat luar keta smpai kurang sakit nya.sambil2 berfikir camana nak masuk kereta ne kalu dah sakit.bila sakit dah reda sikit gagahkan juga diri ni untuk masuk kat tempat driver.alhamdulillah...boleh. DIA permudahkan urusan.start keta n drive kuar dari kawasan umah slow2.

- Ondaway ke hospital tefon berbunyi berkali2...tengok kat skrin mak perlis call.tak berani nak angkat...tkut terbabas pulak.bile dah hampir kat hspital bru berani angkat..pada mak aku tinggalkan pesanan supaya minta sesape adik aku ker,call mak seremban ke, call kak ina ker tuk ambil abg afiy kat umah SEGERA takut dia terjaga n mencari2 aku n adik.

- Sampai area hospital memg part kereta depan2 labour room.dalam hati kata memg case aku ni kecemasan pon parking jer la kat situ.nurse pulak time tu takde...smua org kat situ dh mula pndang2 aku dah..pandang pon kalu tk tlg wtpe kan..kat kaunter pon tkde nurse..agknya smua bz kat labour room kot.siap panggil lagi nurse...nurse...nurse...tkde sape pon kuar...aku ni dh la tktahan sakit dah neh..sib baik la ade sorg brother tu ckp kak...tekan butang loceng tu nanti nurse dtg..(dia tgah tgu wife dia bersalin kot).ok makaseh...tekan2 tkdtg gak...tekan lagi...tekan lagi...baru ade yang muncul...ye ade ape puan...nurse saya sakit neh...saya rasa macam nak bersalin dah..tpi tak sure(ayat best tak) boleh ckp pulak sure ke tidak...hehehehe..

-Ye ke puan, boleh masuk dalam nanti kite check...nurse tadi tu cakap.tapi nurse sebelum saya masuk nak mintak tolong sikit la nurse...anak saya dalam kereta nih...boleh tak tolong tengok2 kan dia..(nurse tu pon buat muka terkejut)puan datang dengan sape ne??? saya datang sorang...drive sendiri..
husband mane?? takde...outsation...(ayat dah makin sedih dah time tu mengenangkan nasib diri)
Ya ALLAH nape tak call ambulans jer?
baru tingat time tu nk call...yer la dlm keadaan panik mne la aku nak ingat kan..
tapi kan nurse kat umah saya ade lagi sorang...anak saya yang first umo 4 tahun..msa saya dtg dia tido lagi.
Labour room pon jadi panic time tu...bile aku msuk....dua tiga org nurse kuar dari situ gi kerumun kat kereta aku tuk amek airish.cerita aku drive sendiri gi hospital berlegar-legar sekitar labour room tu.

OK lah...setakat ni dulu la cerita mama anis untuk part 1 neh...nanti kalu free lagi mama anis akan sambung cerita lagi tentang kejadian di labour room Hospital Putrajaya pulak ok...