April 29, 2012

Adam Danish Ketabahan hati Mama...


Entry lepas saya share gambar zara kan, twin pertama kami...hari ni saya nak share perkembangan twin kedua kami iaitu Adam Danish.Dilahirkan 3 minit lewat dari twin first. Masalah kesihatan Adam sejak hari pertama hingga kini saya list kan satu persatu ye...apa yang telah ditempuhi dengan kuat dan penuh semangat oleh twin kesayangan..
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.Bayi yang mengalami keadaan macam ni berkemungkinan besar mengalami kecacatan.Semoga Allah lindungi Adam wlaupon pernah mengalaminya. 
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.Adam bergantung sepenuhnya pada bantuan mesin penafasan.dan pada minggu2 ini telah menunjukkan perubahan yg agak ketara dan memberangsangkan.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.  
Kesan-kesannya
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Wajah putera hati kami...











1 comment:

rynna99 said...

semoga mama anis tabah dan kuat, menangis bila baca blog dan tgk video2 baby kecil ini...semoga baby twin mbesar dgn sihat..amin