April 17, 2012

Kebaikan Susu Ibu..

Hakikatnya susu ibu adalah terbaik dari susu formula yang temahal sekali pon..
malam ni mama anis nak share ngan semua tentang kebaikan susu ibu.Actually mama anis telah bertekad bahawasanya mama anis akan berusaha untuk fully breasfeeding tuk twin sekurang-kurangnya 6 bln.tetapi hope sgt dapat lebey dari tu...Doc pon cakap susu ibu dapat tolong my twin utk lawan sakit dia...hope diaorg akan better than more..
Kebaikan Susu Ibu:
(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) Ianya PERCUMA!

(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.

(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

No comments: