November 11, 2011

KOMPLIKASI KELAHIRAN KEMBAR























 1.


Kelahiran pramatang-Kelahiran pramatang adalah biasa berlaku bagi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku apabila rahim mulai mengecut dan cervik mula melebar sebelum waktu hamil belum mencecah 37 minggu. Keadaan ini mendorong kepada bersalin pramatang.
2.
Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg.
3.
Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Pre eclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi.
4.
Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi.
5.
Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh.
6.
Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang.
7.
Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan.
8.
Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit.
9.
Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu.

No comments:

Recent Posts