seekor kucing sanggup memijak paku tajam demi kekasih hati...
November 14, 2011
November 12, 2011
Fasha Sandha seksi ketika di majlis majalah Lisa
Fasha Sandha, ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tampil dalam sepasang gaun jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang...
November 11, 2011
KOMPLIKASI KELAHIRAN KEMBAR
1. | |
| 2. | Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg. |
| 3. | Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Pre eclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi. |
| 4. | Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi. |
| 5. | Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh. |
| 6. | Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang. |
| 7. | Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan. |
| 8. | Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit. |
| 9. | Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu. |
FAKTA TENTANG LELAKI DAN PEREMPUAN
- Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam...
- Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
- Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
- Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
- Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
- Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
- Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
- 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
- Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
November 10, 2011
3 JENIS ANAK KEMBAR
Tetibe lak teringin nak kuarkan artikel tentang anak kembar kan...
Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.
1. Kembar seiras (Monozygotic)
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.
Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





