December 22, 2011

SBPA ditangguhkan


 PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Gambar Duit Kertas Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran. Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.





December 21, 2011

Tangani Hidung Berdarah ketika Hamil

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.


  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Komen Ariff Alfian Mengenai Status Agamanya-Saya seorang Muslim sehingga Mati


Ariff Alfian pelajar Malaysia yang telah mendapat tajaan Petronas telah menimbulkan isu panas sekarang ini kerana dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan Gaynya. Gambar Ariff Alfian muncul di internet dalam pakaian tradisional Malaysia dengan pasangan gaynya di Ireland pada satu majlis di Dublin City Hall.

Gambar-gambar yang disiarkan pada muka surat depan beberapa akhbar tempatan dan telah menjadi sumber kritikan dari pelbagai kumpulan di Malaysia, di mana hubungan seksual sama jantina adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun di dalam penjara.

Kontroversi ini telah mendorong pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan yang berjanji untuk menyiasat perkara itu.

Ariff Alfian Rosli (28) telah bermastautin di Ireland selama lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin. Selepas perselisihan pendapat yang ketara dengan anaknya pada tahun 2009, bapanya Encik Rosli melaporkan anaknya Ariff Alfian hilang kepada pihak berkuasa Malaysia.

Encik Rosli semalam memberitahu The Times Ireland beliau tidak hilang dan ingin membetulkan komen yang tidak tepat mengenai beliau dalam media Malaysia.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Beliau enggan mengulas sama ada terlibat dalam hubungan sesama jantina. Homoseksual masih menjadi isu yang pantang dalam Malaysia. Peguambela bagi hak-hak gay berkata, ramai rakyat Malaysia masih takut untuk keluar secara terbuka kerana takut kutukan agama atau pendakwaan.

Ariff Alfian juga berkata, laporan bahawa dia telah meninggalkan agama Islam adalah tidak tepat.


"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "

Beliau juga berkata beliau telah berhubung rapat dengan keluarganya dan bingung bagaimana "kehilangan" beliau telah menjadi sumber utama kontroversi di Malaysia.

Nahas Ngeri Di Sabah


Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.

Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan

December 15, 2011

Janin yang Berusia 15minggu Hidup Di Dunia...

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.








 Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Source : mamaLuv