January 13, 2010

Sakit Tekak


Dari semalam aku terpaksa melalui hari2 yang memeritkan...semuanya berpunya dari tekak ku yang teramat sakit dan pedih.suhu badan pon tetibe jer naik...kepala pon rasa pening2.geram pon ade gak ler tkde angin tkde ribut tetibe sakit.tpi tu smua kuasa ALLAH siapalah aku nk mempertikaikan nya..ynag paling teruk sekali malam semalam lah...pukul 7 mlm lepas mkan ubat kepala aku dh weng2 dah ntah pkul bpe aku tertido memg aku xsedar dah ler...mase tido tuh punye la berpeluh2 aku rasa, antara sedar ngan tk sedar aku rasa aku meracau2 ntah ape2 ntah yg aku sebutkan.then tetibe aku sedar aku dh kt pintu bilik dh tengah offkan kipas...hahahahaha...lawak jugak ler aku rasa mse tuh.sakit tekak smpai cmtu sekali aku...jam mse tuh pkul 2.30 pgi.xleh tidor dh smapai kol bpe ntah aku terlelap sedar2 dah 6.30pagi. husband tnye larat ker nk g keje kalu xlarat MC jer lah...aku ckp xpe larat jer.yang terharunyer my husband dh tolong ironkan baju aku tuk gi keje....so sweeet laaa.....cayang papa sgt...muahmuahmuah...thanks yer..aku bagi sikit info yer tentang sakit tekak nih..

Gejala
• Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit
kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.

1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air)
dan kumur dengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic
dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak.
Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya
untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah
meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di
kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan
ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa
ketidakselesaan tekak.

No comments: