December 3, 2012

Adam Yang TerIstimewa.....

Muhammad Adam Danish.... satu nama indah dan teristimewa di hati mama. Bukan maksud mama untuk membeza2kan antara semua anak2...tapi mengertilah bahawa dia adalah yang teristimewa berbanding yang lain. Semangat Adam untuk meneruskan kehidupan walaupon disahkan pakar tiada harapan... semangat dia meneruskan perjuangan...membuatkan adam dan zara amat berharga.


 Comel kan Adam... siapa sangka Adam mampu membesar sebegini sihat...bergelak ketawa dengan kami sekeluarga. tapi mama perlu berusaha lagi untuk adam kerana pada awal Oktober 2012 hari tu.... doktor telah mengesahkan bahawa adam adalah OKU. Ya ALLAH....amat besar dugaan untuk adam tapi demi adam....mama, papa dan keluarga kita akan tabah dan akan terus memberi semangat untuk adam.


No comments: