August 19, 2010

Suami Pijak Perut Isteri Hamil!!!!

Terkejut Me bila baca berita berkenaan nih kat akhbar metro online....
Dalam buln2 puasa nih tahap kesabaran adalah sesuatu yg perlu di ambil berat...
cia kat wife dia yg tengah pregnant tuh....
mcm nih punya husband pon ade ker?

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.

Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.


“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

p/s: alhamdulillah ME dikurniakan seorang suami yg amat2 penyanyang,bertanggungjawab dan amat mengambil berat tentang ME dan family.semoga ALLAH panjangkan usia husband ME dan hope perkahwinan ME sentiasa bahagia...AMINNNNN....

5 comments:

Unknown said...

Giler!!! mmg kurg ajr r suami dia 2.. lgsung x layak jd suami.. x pasal2 kurus phale pose dk maki suami dia :(

Kasih Suci - Mama Damia said...

masyaAllah..ada jugak lelaki cam gitu kat dunia ni..mintak2 di jauhkan lelaki sebegini

yanamib said...

umur 20an??erm kawen muda kut..kut ye pon baran guna la otak b4 bertindak...hehh~

mintak dijauhkan dari manusia mcm tu..amin~

yahaya said...

sanggup buat mcm tu...panas baran punya hal...

mamawana said...

Errr......cian. Awat laki dia meroyan cam tu. Mana iman dan akhlak dia sbg suami. Suami ker sama? errrrr......Jgn marah....