December 6, 2012

Hearing Loss

nak cerita sikit mcamana kitaorang boley detect yang my adam loss hearing...

Masa kita baby....rasanya dalam tahun 2000 ke atas ke semua baby yg baru dilahirkan wajib menjalani Ujian pendengaran. Daripada ujian tu lah akan tahu samada fail atau pass sesuatu pendengaran bby kita.



Mesin tuk buat ujian tuk mcamni lah bentuknya....


Alat yang bulat tu akn diletakkan kan kat telinga bby (bby mesti tido tau tuk dptkan best result). pastu kat computer tu akan nampak graft sama ada sekata jer atau menaik atau menurun ker.
Masa first test tuk adam, memg graft tk naik2...naik sikit pastu sekata jer....sedih kan kalu kita sbgai ibu tengok mcmtu...Then disebabkan 2x dh cuba masih tetap fail nurse bagi lah pulak appoitment baru, utk test jugak mcm yg first ni.
Pergi pulak kali kedua, tk putus2 harapan supaya kali ni tak fail lagi...tapi tetap result yg sama, pastu audiologist suggestkan buat detail test yang mana baby akan diberikan ubt tdo semasa test dijalankan.


 Har.....macamni lah keadaan adam bila buat detail test ritu...kena pakai alat2 mcmni so memg patutlah kena bagi ubt tido sbb kalu tk tdo rasanya comfirm2 dia tknk dok diam neh...alat ni aku tktau la pulak apa namanya...tapi melalui komputer satu sound akan di alirkan ke telinga kemudian plat di atas telinga cuba smada detect ker tak saound tu.pastu plat kat kepala pulak tuk detect samada sound tu smpai tak ke otak.
Canggihkan teknologi sekarang...Masa tu memg tk sabar2 sgt nk tau result dia....asik2 tnya audiologist tu cmana ok ker tidak....asik ulang2 jer soalan tu....
after dh settle jer semua, dia panggil kitaorg msuk bilik disscusion dia n dia cerita la semua msalah adam.
Rupanya melalui ujian detail tu adam telah di sahkan bahawa kurang upaya pendengaran. Sedih sgt masa tu sbb aku sebagai ibu dia tk mampu nk buat apa2 tuk bantu dia.besar sungguh ujian tuk dia....


Ok...tuk part kali ni aku bagi la satu graf yg menunjukkan kemampuan pendengaran frequancy adam... Melalui ujian2 yg telah dijalankan oleh diaorg...adam dikatakan berada di tahap melebihi 90 % (PROFOUND HEARING LOSS) atau dalam erti kata lain, tak mampu mendengar pada tahap yang sangat2 teruk.

December 3, 2012

Adam Yang TerIstimewa.....

Muhammad Adam Danish.... satu nama indah dan teristimewa di hati mama. Bukan maksud mama untuk membeza2kan antara semua anak2...tapi mengertilah bahawa dia adalah yang teristimewa berbanding yang lain. Semangat Adam untuk meneruskan kehidupan walaupon disahkan pakar tiada harapan... semangat dia meneruskan perjuangan...membuatkan adam dan zara amat berharga.


 Comel kan Adam... siapa sangka Adam mampu membesar sebegini sihat...bergelak ketawa dengan kami sekeluarga. tapi mama perlu berusaha lagi untuk adam kerana pada awal Oktober 2012 hari tu.... doktor telah mengesahkan bahawa adam adalah OKU. Ya ALLAH....amat besar dugaan untuk adam tapi demi adam....mama, papa dan keluarga kita akan tabah dan akan terus memberi semangat untuk adam.


September 25, 2012

Santau...

 Dalam dunia yang serba canggih ni jgan ingat tkder tau benda2 macam neh.Bak kata orang rambut sama hitam tapi hati lain-lain ok.Jadi kita perlu sentiasa berjaga2.Hari ni mama anis nak share sikit info tentang tu ok....

APA TU SANTAU...??

Ia rangkaian dari 3 perkara : ramuan , sihir, makhluk halus. Asal santau: seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Philippine,etc. termasuk juga sedikit bahagian selatan negara China.
Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab / timur tengah / africa etc…jika masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yg lain. Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah sumatra, Indonesia santau ini biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana.
Di mana dlm sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yg mempunyai sesuatu bidang2 ilmu yg tinggi seperti ilmu agama etc.
para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan / kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi orang2 yg mempunyai ilmu2 kebal / yg dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan sukar utk ditandingi oleh orang2 biasa, lazimnya tubuh badan mereka / kekebalan mereka akan kalah dengan santau.


JENIS2 SANTAU....

1)  Santau Angin
2)  Santau Tuju
3)  Santau Makan Minum
4)  Santau Langkah

 KESAN DARI TERKENA SANTAU....

Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ2 dalaman, merosakkan fikiran,  maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiruan2 (biru kundang) di kuku tangan kaki, bibir, kelopak mata & ada yg tahap kritikal menjadikan paru2 & jantung bermasalah dan berlubang. 

KETERANGAN LANJUT BOLEH LAYARI BLOG NEH:
darussyifa Team

September 13, 2012

Mengaku kelemahan Diri...

Mungkin bagi sesetangah orang amat pandai berpura-pura...contohnya kalu tak suka satu benda tu berpura-pura cam suka kan.ishhhhh...tapi bagi mama anis sori lah sangat2 sebab itu satu kelemahan tuk mama anis yang sangat2 nyata.mama anis neh jenis kalu memg dah tak suka satu menda tu memang direct kat situ jugak bagi reaksi, memg tk cover2 dah.adusss....nyatala memg mama anis tk pandai nk control la tabiat neh.mama anis tau kadang2 akan ada hati yang akan terasa...tapi ntah lah, mama anis memg selalu mencuba tuk yg terbaik.tapi setiap kali ade yg tak berkenan di hati jer memg tak leh cover lah sikap buat muka yg tak boleh blah time tu jugak...hahahahaha...dalam erti kata lain tak tau nk hipokrit kot.


Jadi kepada insan2 yang saya ade terkasar bahasa, tersalah cakap, tersalah faham, terasa dihati, terkecik hati, mama anis minta maaf ok...

Sekian,terima kasih.

September 11, 2012

Gambar Family^^

Muhammad Afiy Danish...yg makin nakal...hehehehe

peace mama...jgn marah2 ok...afiy nakal sikit jer,nak test mama

Lovely Husband n Budak Comel airish

Our family raya tahun lepas 2011

En.suami kat stadium,jual stiker...cari rezeki tuk ank2.

airish tahun 2011

airish masa 2 bulan

airish baru nak merangkak

papa n afiy

September 10, 2012

Kebahagian Milik Kami Bersama...

Setelah lama mama anis tak update blog baru hari ni berkesempatan...almaklumlah, bz menjaga twin.untuk makluman, twin mama anis telah pon membesar dengan jayanya setelah berjaya mengharungi pelbagai rintangan.tu lah orang kata segala galanya ketentuan ALLAH kan. kita mesti banyak berdoa dan meminta kepadaNYA nescaya dia dengan murah hatinya akan memberi...pasal ceta2 twin masa lalu nanti bila mama anis agak free kita akan imbas kembali yer...sekarang mama anis nk share gmbar twin terkini...jom zoom...