April 29, 2012

Adam Danish Ketabahan hati Mama...


Entry lepas saya share gambar zara kan, twin pertama kami...hari ni saya nak share perkembangan twin kedua kami iaitu Adam Danish.Dilahirkan 3 minit lewat dari twin first. Masalah kesihatan Adam sejak hari pertama hingga kini saya list kan satu persatu ye...apa yang telah ditempuhi dengan kuat dan penuh semangat oleh twin kesayangan..
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.Bayi yang mengalami keadaan macam ni berkemungkinan besar mengalami kecacatan.Semoga Allah lindungi Adam wlaupon pernah mengalaminya. 
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.Adam bergantung sepenuhnya pada bantuan mesin penafasan.dan pada minggu2 ini telah menunjukkan perubahan yg agak ketara dan memberangsangkan.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.  
Kesan-kesannya
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Wajah putera hati kami...











April 22, 2012

Zara Danysha Kekuatan Semangat Mama..

Hari ini 22 April 2012, aku nak share dengan korang semua...family2, saudara2, kawan2 dan semua yang selalu bertanyakan tentang dia...puteri n putera kesayangan aku.Alhamdulillah,diaorang beransur sihat walaupon masih memerlukan bantuan pernafasan..di bawah adalah video ZARA DANYSHA...keadaan masa video diambil berada dalam keadaan yg ok tapi kurang stabil..


Semasa video ambil, zara bergantung hampir 90% bantuan pernafasan dengan mesin.sedang transmission darah (pada kaki, ada dalam video),dan mendapat jangkitan kuman pada perut.Jangkitan pada perut telah bernanah n berair...
Video ini bukan untuk meminta simpati cukup sekadar sedekah Al-Fatihah untuk twin agar lebih kuat harungi keadaan2 mencabar n kritikal..

p/s: hakcipta video ini adalah hak mutlak http://mama-anisfarhana.blogspot.com/ sebarang copy adalah tidak dibenarkan sama sekali.tindakan undang2 akan diambil sekiranya anda cuba membuat copy bagi video ini. untuk tujuan sharing info boleh link kan terus ke blog ini.thanks...

April 21, 2012

Perkembangan Twin Hari Kedua Dilahirkan

Hari pertama,seperti yg korang semua tau kan...aku memg la tk dapat tgok twin sbb bersalin ceaser n twin kat NICU tingkat 1 hospital.Hari kedua lewat petang aku dan cek suami pegi NICU utk tgok twin.First time tengok, menangis aku sendiri...lembik sekejap aku kat situ..YA ALLAH...kecik nya.teramat-amat kecik.For Information, size Zara n Adam wlaupon berat msing2 1kg semasa bersalin tapi size nya lebih kurang plastik gula yg korang beli 1kg tu...itu je lah besarnya...ermm...

Masa tu,doctor pon datang terangkan keadaan bby.kata doctor...baby kami kedua2nya memang dalam keadaan amat2 kritikal..tk mampu bernafas sendiri langsung.tak mampu lawan jangkitan...tapi doctor berjanji utk buat apa yg terbaik untuk twin.Hari tu juga 22 April 2012, kami telah menandatangi surat yang menyatakan bahawa kami bersetuju utk bagi kebenarn doctor melakukan apa2 sahaja kepada twin sekiranya keadaan terdesak.

April 19, 2012

mak sibuk main fb,anak dok buli org...dunia2..

pagi tadi gi hospital awl2 pagi...drive sendiri lagi hari ni...cek suami masih berkursus ya selama seminggu ni. Jadi xleh kcau dia time kursus.Lagipon mama anis dh msuk 30 hari dh confinement.jadi dh kuat sikit dah.emergency call dari hospital putrajaya, zara dalam keadaan yg agak tidak ok (betul ke tak ayat aku neh...erm...). Doctor minta mama anis dtg tuk amek drah.

Nak dijadikan ceta la kan, taska yang slalu mama anis hantar ank yg sulung tu terpaksa ditutup start hari ni 19hb sehingga la 29hb april 2012 ni...lama oooo...(yuran leh mintak half tak kalu gitu..hehehehe).Jadi terpaksa la heret sama big brother tu gi hospital.

Sib baik la dia ok bila mama tumpangkan dia dengan security guard yg kat ground floor tu.for information ya, hospital putrajaya tk benarkan knk2 under 12 tahun untuk ke ward ye..wlaupon waktu melawat or weekend or weekdays or whatever.jadi terpaksa la mama anis minta jasa baik kakak n abg2 guard tuk jga big brother tu.

Actually, bkn nk ceta pasal zara n adam hari ni ye...entry nie nk ceta pasal big bro yang telah dibuli oleh seseorang semasa di playground hospital...
mama anis ingat big bro ni yg suka buli bdak2 lain tapi hari ni dia agk bersopan la pulak...msa main kat playground tu msuk la sorg budak boy tu...mama anis tgok pon cam lasak la kan.(playground tu kat lam bangunan hospital ya).siap main panjat2 lagi n ntah ape2 lagi la..big bro asik perhatikan jer tingkahlaku boy tu.umur lebey kurang sme je..aku dok jeling2 kat mak boy tu...layan fb la pulak...padahal ank dia dh mcm2 ragam dh kat playground tu.dok buli ank2 org lain.ish...ish...pastu sorang2 budak kat plyground tu kuar..juz tinggl big bro n budk boy tu jer..pastu dia mula nk attack big boy lak...

aku jeling lagi kat mak budak boy tu...asik jer lagi ngan FB dia...nk jer aku jerit woi....tgok2 la ank tu sikit...tau la ada henpon mahal leh fb tpi tkkan dok biar ank cmtu je..tpi lam hati jer la aku jerit kang ckp aku kuang ajar lak kan...huhuhu..

nie ler muka budak kena ragging tadi kat playground...hehehehehe..
mula2 budk boy tu buat big bro sikit jer...pastu mkin lme makin dasyat pulak dia membuli...siap tarik2 baju lagi...siap tarik2 kepala big bro lagi..last2 my little big bro dh tk leh defence diri trus la nangis kat situ...huhuhu..

aku pon jerit la...kat budak tu, mak dia time tu bru tersedar...baru la terhegeh2 nk pi tgok ank baru la nk terhegeh2 nk say sorry...hah...
dalam hati aku cakap, pls la jga anak tu...aku nih pon ada fb jugak bukak time2 free je...time ngan ank tgok2 la ank tu.ni tak, aku yg lam pantang nih la jugak yg terlari2 nk leraikan diaorg...
terbukak luka kat perut tu aku gak yg nangis...sob...sob...sob...tu la ceta seharian big bro di hospital temankan mama...

April 17, 2012

Kebaikan Susu Ibu..

Hakikatnya susu ibu adalah terbaik dari susu formula yang temahal sekali pon..
malam ni mama anis nak share ngan semua tentang kebaikan susu ibu.Actually mama anis telah bertekad bahawasanya mama anis akan berusaha untuk fully breasfeeding tuk twin sekurang-kurangnya 6 bln.tetapi hope sgt dapat lebey dari tu...Doc pon cakap susu ibu dapat tolong my twin utk lawan sakit dia...hope diaorg akan better than more..
Kebaikan Susu Ibu:
(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) Ianya PERCUMA!

(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.

(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Jari Jemari Budak Tecik tu...

Ini Jari jemari sape?

Ini jari2 budak bucuk nama adam danish...tecik tak? diambil pada 10 april 2012 ketika adam berusia 19 hari.