November 10, 2011

3 JENIS ANAK KEMBAR

Tetibe lak teringin nak kuarkan artikel tentang anak kembar kan...
Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.
 
1. Kembar seiras (Monozygotic)

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

2. Kembar tak seiras (Dizygotic)

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

3. Kembar siam

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.
Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

10 comments:

kathy said...

keluarga sy memang ada keturunan kembar, tapi kembar tak seiras..hehe

siti hidayah said...

Kalau kembar mesti cute. nak2 kembar perempuan. hee

mama-anis said...

tu lah tuh...sesiapa yg dikurniakan bby kembar memg best sgt kan...

pipahmilda said...

ayah pipah kembar x seiras.. tp kami adik beradik sume perempuan, kembar ayah pulak dpt sume ank lelaki, pelik kan? :)

Unknown said...

Saya lahirkan anak kembar perempuan6 thn lalu Siti Aisyah & Siti Asyarah tp m/dunia selang sehari...

dalila said...

cutenya... teringin punyai anak kembar... :)

PCL said...

kalau diikutkan, suami mmg berhajat sgt dpt anak kembar...tp yg susahnya plk...kesian pd siibu yg berhempas pulas bertarung nyawa...kalau nk tu kembar yg bukan kembar siam lah ye....heee.

Azza Azman said...

kembar parasit tak ada? kembar ni terjadi bila satu lagi benih tak menjadi dan membesar dalam bayi satu lagi.

Unknown said...

bile naru kawin nnti naru nak ank kembar (berangan)

Anonymous said...

pliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnngggggg suker kalu kembar seiras laki pompuan !! comel !!!!!!!