November 14, 2011

~PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL~


Mama anis nak bagi sikit panduan kepada suami yer, cian kat para2 bakal mommy kat luar sana.Jadi diharapkan jasa baik si suami untuk memahami keadaan ok.......
  • Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.
  • Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.
  • Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.
  • Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.
  • Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.
  • Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.
  • Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.
  • Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.
  • Beli barang keperluan bayi bersama isteri.
  • Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.
  • Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.
  • Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.
  • Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.
Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.

*to en.suami sila beri perhatian untuk yg mama anis highlight tu yer....jgn kedekut2 ok..

1 comment:

sarah said...

bagus petua ni untuk suami2 atau suami to be kan..baru le depa tau sikit peranan depa..ada yang wat tak tau jer..