April 7, 2014

Wang kelian sempadan Malaysia -Thailand

Semalam adalah sesi tuk mengeluarkan lemak berlebihan beserta wang gajian masing2. Seronok jugak dapat bawak anak2 ke sini..

Kami sekeluarga tiba ni sini seawal jam 9.00 pagi. Tapi pergh....parking yg dekt2 smua dh penuh dh...biasalah kan hari ahad kat sini memg jadi tumpuan pon.

Hari ni bawak 2 kids ni tuk mengeluarkan peluh...smpai tk terlarat jalan dh...actually bagi sesape yg tak tau...wang kelian ni adalh sempadan  antara malaysia dgn thailand...

Pada hari sabtu n ahad ni pengunjung2 diberikan kelepasan tuk membeli belah di sepanjng gerai2 yg dibuka di antara malaysia n thailand tkpa perlukan passport.

Tapi di nasihatkan tuk dtg awl sbb cuaca sgt2 panas tau...gerai pulak panjangmya mencecah 1.5km.....kalu larat lh nk berjalan kn...peluh??? Tk pyh ckp lh memg mencurah2...

Sempat gak snap pic ank2........

March 23, 2014

Besday twin 2 years...

Alhamdulillah...twin telah 2 tahun bersama kami rupanya pada 21.3.2014.terasa seperti baru semalam melahirkn diaorang.masih teringat detik2 sewaktu nk melahirkn...semua msih jelas di ingatan.happy besaday twin....
MUHAMMAD ADAM DANISH
AIZARADANYSHA
Semoga menjadi anak2 yang baik, dan berjaya dlm kehidupan.....

February 18, 2014

Anak sape ni?

Hehehehe....hari ni jd bby sittet for a while.kids ni memg petah berkata2... cerdik dan berdikari....huhuhu...bile tnya nma....alisya katanya....hehehe

February 16, 2014

Bbq with big family

Tetiba smlm dpt idea tuk ber bbq satu family...wlaupon kecil kecilan tetap best... bestnya suasana kampung..

February 15, 2014

Budak comel yang manja...

After dapat posting blik ke perlis....semua happy sgt2... mcm2 gelagat ade...yg kakak ni lg lh terserlah kemanjaan dia bila ngan atok n nenek...huhuhuhu....

February 14, 2014

Kopi Nguyen Vietnam

Nmpknya sepanjang minggu ni kami sekeluarga dptlh menikmati kesedapan dan kelazatan disamping kewangian bau bauan kopi yg diimport khas dari vietnam....huhuhuhu....toce2 to my mom sbb belikn byk ole2 tuk kami dari sana...

December 6, 2012

Hearing Loss

nak cerita sikit mcamana kitaorang boley detect yang my adam loss hearing...

Masa kita baby....rasanya dalam tahun 2000 ke atas ke semua baby yg baru dilahirkan wajib menjalani Ujian pendengaran. Daripada ujian tu lah akan tahu samada fail atau pass sesuatu pendengaran bby kita.



Mesin tuk buat ujian tuk mcamni lah bentuknya....


Alat yang bulat tu akn diletakkan kan kat telinga bby (bby mesti tido tau tuk dptkan best result). pastu kat computer tu akan nampak graft sama ada sekata jer atau menaik atau menurun ker.
Masa first test tuk adam, memg graft tk naik2...naik sikit pastu sekata jer....sedih kan kalu kita sbgai ibu tengok mcmtu...Then disebabkan 2x dh cuba masih tetap fail nurse bagi lah pulak appoitment baru, utk test jugak mcm yg first ni.
Pergi pulak kali kedua, tk putus2 harapan supaya kali ni tak fail lagi...tapi tetap result yg sama, pastu audiologist suggestkan buat detail test yang mana baby akan diberikan ubt tdo semasa test dijalankan.


 Har.....macamni lah keadaan adam bila buat detail test ritu...kena pakai alat2 mcmni so memg patutlah kena bagi ubt tido sbb kalu tk tdo rasanya comfirm2 dia tknk dok diam neh...alat ni aku tktau la pulak apa namanya...tapi melalui komputer satu sound akan di alirkan ke telinga kemudian plat di atas telinga cuba smada detect ker tak saound tu.pastu plat kat kepala pulak tuk detect samada sound tu smpai tak ke otak.
Canggihkan teknologi sekarang...Masa tu memg tk sabar2 sgt nk tau result dia....asik2 tnya audiologist tu cmana ok ker tidak....asik ulang2 jer soalan tu....
after dh settle jer semua, dia panggil kitaorg msuk bilik disscusion dia n dia cerita la semua msalah adam.
Rupanya melalui ujian detail tu adam telah di sahkan bahawa kurang upaya pendengaran. Sedih sgt masa tu sbb aku sebagai ibu dia tk mampu nk buat apa2 tuk bantu dia.besar sungguh ujian tuk dia....


Ok...tuk part kali ni aku bagi la satu graf yg menunjukkan kemampuan pendengaran frequancy adam... Melalui ujian2 yg telah dijalankan oleh diaorg...adam dikatakan berada di tahap melebihi 90 % (PROFOUND HEARING LOSS) atau dalam erti kata lain, tak mampu mendengar pada tahap yang sangat2 teruk.

December 3, 2012

Adam Yang TerIstimewa.....

Muhammad Adam Danish.... satu nama indah dan teristimewa di hati mama. Bukan maksud mama untuk membeza2kan antara semua anak2...tapi mengertilah bahawa dia adalah yang teristimewa berbanding yang lain. Semangat Adam untuk meneruskan kehidupan walaupon disahkan pakar tiada harapan... semangat dia meneruskan perjuangan...membuatkan adam dan zara amat berharga.


 Comel kan Adam... siapa sangka Adam mampu membesar sebegini sihat...bergelak ketawa dengan kami sekeluarga. tapi mama perlu berusaha lagi untuk adam kerana pada awal Oktober 2012 hari tu.... doktor telah mengesahkan bahawa adam adalah OKU. Ya ALLAH....amat besar dugaan untuk adam tapi demi adam....mama, papa dan keluarga kita akan tabah dan akan terus memberi semangat untuk adam.


September 25, 2012

Santau...

 Dalam dunia yang serba canggih ni jgan ingat tkder tau benda2 macam neh.Bak kata orang rambut sama hitam tapi hati lain-lain ok.Jadi kita perlu sentiasa berjaga2.Hari ni mama anis nak share sikit info tentang tu ok....

APA TU SANTAU...??

Ia rangkaian dari 3 perkara : ramuan , sihir, makhluk halus. Asal santau: seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Philippine,etc. termasuk juga sedikit bahagian selatan negara China.
Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab / timur tengah / africa etc…jika masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yg lain. Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah sumatra, Indonesia santau ini biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana.
Di mana dlm sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yg mempunyai sesuatu bidang2 ilmu yg tinggi seperti ilmu agama etc.
para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan / kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi orang2 yg mempunyai ilmu2 kebal / yg dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan sukar utk ditandingi oleh orang2 biasa, lazimnya tubuh badan mereka / kekebalan mereka akan kalah dengan santau.


JENIS2 SANTAU....

1)  Santau Angin
2)  Santau Tuju
3)  Santau Makan Minum
4)  Santau Langkah

 KESAN DARI TERKENA SANTAU....

Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ2 dalaman, merosakkan fikiran,  maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiruan2 (biru kundang) di kuku tangan kaki, bibir, kelopak mata & ada yg tahap kritikal menjadikan paru2 & jantung bermasalah dan berlubang. 

KETERANGAN LANJUT BOLEH LAYARI BLOG NEH:
darussyifa Team

September 13, 2012

Mengaku kelemahan Diri...

Mungkin bagi sesetangah orang amat pandai berpura-pura...contohnya kalu tak suka satu benda tu berpura-pura cam suka kan.ishhhhh...tapi bagi mama anis sori lah sangat2 sebab itu satu kelemahan tuk mama anis yang sangat2 nyata.mama anis neh jenis kalu memg dah tak suka satu menda tu memang direct kat situ jugak bagi reaksi, memg tk cover2 dah.adusss....nyatala memg mama anis tk pandai nk control la tabiat neh.mama anis tau kadang2 akan ada hati yang akan terasa...tapi ntah lah, mama anis memg selalu mencuba tuk yg terbaik.tapi setiap kali ade yg tak berkenan di hati jer memg tak leh cover lah sikap buat muka yg tak boleh blah time tu jugak...hahahahaha...dalam erti kata lain tak tau nk hipokrit kot.


Jadi kepada insan2 yang saya ade terkasar bahasa, tersalah cakap, tersalah faham, terasa dihati, terkecik hati, mama anis minta maaf ok...

Sekian,terima kasih.

September 11, 2012

Gambar Family^^

Muhammad Afiy Danish...yg makin nakal...hehehehe

peace mama...jgn marah2 ok...afiy nakal sikit jer,nak test mama

Lovely Husband n Budak Comel airish

Our family raya tahun lepas 2011

En.suami kat stadium,jual stiker...cari rezeki tuk ank2.

airish tahun 2011

airish masa 2 bulan

airish baru nak merangkak

papa n afiy

September 10, 2012

Kebahagian Milik Kami Bersama...

Setelah lama mama anis tak update blog baru hari ni berkesempatan...almaklumlah, bz menjaga twin.untuk makluman, twin mama anis telah pon membesar dengan jayanya setelah berjaya mengharungi pelbagai rintangan.tu lah orang kata segala galanya ketentuan ALLAH kan. kita mesti banyak berdoa dan meminta kepadaNYA nescaya dia dengan murah hatinya akan memberi...pasal ceta2 twin masa lalu nanti bila mama anis agak free kita akan imbas kembali yer...sekarang mama anis nk share gmbar twin terkini...jom zoom...



April 29, 2012

Adam Danish Ketabahan hati Mama...


Entry lepas saya share gambar zara kan, twin pertama kami...hari ni saya nak share perkembangan twin kedua kami iaitu Adam Danish.Dilahirkan 3 minit lewat dari twin first. Masalah kesihatan Adam sejak hari pertama hingga kini saya list kan satu persatu ye...apa yang telah ditempuhi dengan kuat dan penuh semangat oleh twin kesayangan..
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.Bayi yang mengalami keadaan macam ni berkemungkinan besar mengalami kecacatan.Semoga Allah lindungi Adam wlaupon pernah mengalaminya. 
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.Adam bergantung sepenuhnya pada bantuan mesin penafasan.dan pada minggu2 ini telah menunjukkan perubahan yg agak ketara dan memberangsangkan.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.  
Kesan-kesannya
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Wajah putera hati kami...











April 22, 2012

Zara Danysha Kekuatan Semangat Mama..

Hari ini 22 April 2012, aku nak share dengan korang semua...family2, saudara2, kawan2 dan semua yang selalu bertanyakan tentang dia...puteri n putera kesayangan aku.Alhamdulillah,diaorang beransur sihat walaupon masih memerlukan bantuan pernafasan..di bawah adalah video ZARA DANYSHA...keadaan masa video diambil berada dalam keadaan yg ok tapi kurang stabil..


Semasa video ambil, zara bergantung hampir 90% bantuan pernafasan dengan mesin.sedang transmission darah (pada kaki, ada dalam video),dan mendapat jangkitan kuman pada perut.Jangkitan pada perut telah bernanah n berair...
Video ini bukan untuk meminta simpati cukup sekadar sedekah Al-Fatihah untuk twin agar lebih kuat harungi keadaan2 mencabar n kritikal..

p/s: hakcipta video ini adalah hak mutlak http://mama-anisfarhana.blogspot.com/ sebarang copy adalah tidak dibenarkan sama sekali.tindakan undang2 akan diambil sekiranya anda cuba membuat copy bagi video ini. untuk tujuan sharing info boleh link kan terus ke blog ini.thanks...

April 21, 2012

Perkembangan Twin Hari Kedua Dilahirkan

Hari pertama,seperti yg korang semua tau kan...aku memg la tk dapat tgok twin sbb bersalin ceaser n twin kat NICU tingkat 1 hospital.Hari kedua lewat petang aku dan cek suami pegi NICU utk tgok twin.First time tengok, menangis aku sendiri...lembik sekejap aku kat situ..YA ALLAH...kecik nya.teramat-amat kecik.For Information, size Zara n Adam wlaupon berat msing2 1kg semasa bersalin tapi size nya lebih kurang plastik gula yg korang beli 1kg tu...itu je lah besarnya...ermm...

Masa tu,doctor pon datang terangkan keadaan bby.kata doctor...baby kami kedua2nya memang dalam keadaan amat2 kritikal..tk mampu bernafas sendiri langsung.tak mampu lawan jangkitan...tapi doctor berjanji utk buat apa yg terbaik untuk twin.Hari tu juga 22 April 2012, kami telah menandatangi surat yang menyatakan bahawa kami bersetuju utk bagi kebenarn doctor melakukan apa2 sahaja kepada twin sekiranya keadaan terdesak.

April 19, 2012

mak sibuk main fb,anak dok buli org...dunia2..

pagi tadi gi hospital awl2 pagi...drive sendiri lagi hari ni...cek suami masih berkursus ya selama seminggu ni. Jadi xleh kcau dia time kursus.Lagipon mama anis dh msuk 30 hari dh confinement.jadi dh kuat sikit dah.emergency call dari hospital putrajaya, zara dalam keadaan yg agak tidak ok (betul ke tak ayat aku neh...erm...). Doctor minta mama anis dtg tuk amek drah.

Nak dijadikan ceta la kan, taska yang slalu mama anis hantar ank yg sulung tu terpaksa ditutup start hari ni 19hb sehingga la 29hb april 2012 ni...lama oooo...(yuran leh mintak half tak kalu gitu..hehehehe).Jadi terpaksa la heret sama big brother tu gi hospital.

Sib baik la dia ok bila mama tumpangkan dia dengan security guard yg kat ground floor tu.for information ya, hospital putrajaya tk benarkan knk2 under 12 tahun untuk ke ward ye..wlaupon waktu melawat or weekend or weekdays or whatever.jadi terpaksa la mama anis minta jasa baik kakak n abg2 guard tuk jga big brother tu.

Actually, bkn nk ceta pasal zara n adam hari ni ye...entry nie nk ceta pasal big bro yang telah dibuli oleh seseorang semasa di playground hospital...
mama anis ingat big bro ni yg suka buli bdak2 lain tapi hari ni dia agk bersopan la pulak...msa main kat playground tu msuk la sorg budak boy tu...mama anis tgok pon cam lasak la kan.(playground tu kat lam bangunan hospital ya).siap main panjat2 lagi n ntah ape2 lagi la..big bro asik perhatikan jer tingkahlaku boy tu.umur lebey kurang sme je..aku dok jeling2 kat mak boy tu...layan fb la pulak...padahal ank dia dh mcm2 ragam dh kat playground tu.dok buli ank2 org lain.ish...ish...pastu sorang2 budak kat plyground tu kuar..juz tinggl big bro n budk boy tu jer..pastu dia mula nk attack big boy lak...

aku jeling lagi kat mak budak boy tu...asik jer lagi ngan FB dia...nk jer aku jerit woi....tgok2 la ank tu sikit...tau la ada henpon mahal leh fb tpi tkkan dok biar ank cmtu je..tpi lam hati jer la aku jerit kang ckp aku kuang ajar lak kan...huhuhu..

nie ler muka budak kena ragging tadi kat playground...hehehehehe..
mula2 budk boy tu buat big bro sikit jer...pastu mkin lme makin dasyat pulak dia membuli...siap tarik2 baju lagi...siap tarik2 kepala big bro lagi..last2 my little big bro dh tk leh defence diri trus la nangis kat situ...huhuhu..

aku pon jerit la...kat budak tu, mak dia time tu bru tersedar...baru la terhegeh2 nk pi tgok ank baru la nk terhegeh2 nk say sorry...hah...
dalam hati aku cakap, pls la jga anak tu...aku nih pon ada fb jugak bukak time2 free je...time ngan ank tgok2 la ank tu.ni tak, aku yg lam pantang nih la jugak yg terlari2 nk leraikan diaorg...
terbukak luka kat perut tu aku gak yg nangis...sob...sob...sob...tu la ceta seharian big bro di hospital temankan mama...

April 17, 2012

Kebaikan Susu Ibu..

Hakikatnya susu ibu adalah terbaik dari susu formula yang temahal sekali pon..
malam ni mama anis nak share ngan semua tentang kebaikan susu ibu.Actually mama anis telah bertekad bahawasanya mama anis akan berusaha untuk fully breasfeeding tuk twin sekurang-kurangnya 6 bln.tetapi hope sgt dapat lebey dari tu...Doc pon cakap susu ibu dapat tolong my twin utk lawan sakit dia...hope diaorg akan better than more..
Kebaikan Susu Ibu:
(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) Ianya PERCUMA!

(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.

(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Jari Jemari Budak Tecik tu...

Ini Jari jemari sape?

Ini jari2 budak bucuk nama adam danish...tecik tak? diambil pada 10 april 2012 ketika adam berusia 19 hari.

April 16, 2012

Pengalaman Bersalin Twin Part 4

Yang belum Baca lagi dari mula silalah ke page ni yer Pengalaman 1...kalu tak korang mesti tertanya2 pulak kisah sebelumnya.

Ok...pas keluar dari ruang pemulihan aku ditolak semula ke labour room.kenapa tak dimasukkan terus ke ward? sebabnya sape yang pernah bersalin di hospital putrajaya mesti tau yang bahawasanya bilik2 di hospital tu sgt2 la crowd.jadi sementara nak tunggu kosong letak la dlu kat labour room.masa sampai kat labour room family yang first aku tengok my lovely sister in law la...sambil tersenyum2 kat aku dia cium dahi aku n bisikkan kat aku...anis jangan risau k, akak dah amek afiy n airish ada ngan mak...time tu dah sedih dah...thank kak ina...i sayang u lebey la...hehehehehe...

pastu nurse tolak masuk lam bilik...tukar katil n whatever...tukar baju...pastu mak saya pulak masuk tengok..bawak airish sekali..masa tu memang dah sama2 nangis dah...rasa ssedih sangat kalau difikir2 kan..hehehhehe...kenangan terindah seumur hidup.dia siap cakap kisah anis ni dah boleh buat cerita dah...
takpa pasal anak2 jgan risau..mak dan yang lain2 ada.sadisnya time tu..

mak aku yang kat perlis pulak baru ondaway datang dari perlis selepas dapat call ke seremban untuk minta bantuan family dari sini untuk amek abang afiy yang aku tinggalkan kat umah.untuk pengetahuan, super angel yang telah menyelamatkan abang afiy daripada keseorangan adalah my sister, kak ina n husband dia..thanks.

cek abang dalam pukul 4.45 pagi baru diberitahu yang aku dah selamat bersalin..pagi tu dalam pukul 4 pagi dapat call dari abah seremban (cuma misskol tak sempat angkat).hati cek abang saya dah mula tak sedap bila terpandang call dari abah seremban.tetibe pulak line maxis ada kan...erm...agknya kejap aade kejap tkda la tu.dalam pukul 4.45 pagi dapat mesej dari husband kak ina (abg shawal) mengatakan aku dah selamat bersalin...terus terduduk,terdiam,,,semua ter la time tu....taktau nk buat apa...

daripada cerita cek abang aku kat aku...time tu dia rasa bersalah sangat2 kat aku...sbb tinggal aku sorang2. menangis dia sorang2 time tu.pastu pegi kat reception kaunter minta call ke malaysia pkai fon diaorg... call kat mak perlis untuk inform yang aku dah selamat bersalin (agknya time tu mak aku mesti tergelak kan...sebab mak aku la org first yg tahu aku sakit nak bersalin,dia la ke hulu kehilir buat call minta bantuan walaupon dia dok nun jauh di perlis).cek suami time tu tak tahu pon ceta disebaliknya.so dia ingat mak aku tu belum tahu lagi la kan.

pas kol mak kat perlis dia kol mak kat seremban...kene la marah sejibik ngan mak seremban...mak seremban tanya...ayie pergi mana...kenapa tinggal anis sorang2....bla...bla...bla...

pastu dia kol kat husband kak ina, tanya keadaan aku pulak...siap2 pesan lagi minta tolong belikan ape2 keperluan tuk baby n anis...baru tau sedih...baru teringat bahawasanya kitaorg memg tak prepare ape2 pon tuk sambut baby...semuanya berlaku terlalu cepat..

pukul 7 lebey baru aku dapat tempat di ward..dipindahkan ke ward...baby tak dapat tengok pon sedihnya... tak ckup bulan n terpaksa duk lam incubator di nicu.
Bekas yang menempatkan twin...

pada mulanya aku ingat keadaa bby ok jer cuma tk cukup berat jer...doc pulak minta sgt2 nak jumpa parent baby kat nicu tuk sign dokumen n brief tentang keadaan bby.terpaksa la tgu cek suami blik pada mlm tu juga.